RS ingin kongsikan sedikit info tentang Rove
Kesan
kumbang Rove - Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali
sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa
di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan
dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap
keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove
yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai
ketoksinannya. Persentuhan semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya
pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan
konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai
'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/ staphylinidae)
dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. Pada September 2002,
wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah
menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar
di Pulau Pinang.
Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada
waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua
pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk
yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan
sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan
memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk
menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan
yang bersentuhan dengan sabun dan air. Sesiapa yang mengalami alahan
kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan