Memaparkan catatan dengan label Duniaku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Duniaku. Papar semua catatan

Ahad, 17 Februari 2013

Mandi Manda

Satu Perkongsian dari rakan FB.  Ustazah Noraslina Jusin:  
Tempat khas dan tertutup, tiada masalah. Yang menjadi masalah ialah mandi manda di tempat umum dan terbuka.  Diriwayatkan dari Jabir Radhiyallahu ‘anh, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

Maksudnya: Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka janganlah ia masuk ke tempat mandi tanpa mengenakan sarung penutup aurat. Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, janganlah ia membawa masuk isterinya ke tempat mandi umum. Dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, janganlah ia duduk di meja hidangan yang disuguhnya khamr di atasnya. [Hadits hasan, riwayat at-Tirmidzi (2801) dari jalur Laits bin Abi Sulaim, dari Thawus, dari Jabir r.a.]

Sebab tu, untuk perempuan, kalau nak main air juga, basah-basahkan kaki, cukuplah :) Kalau nak mandi sehingga basah semua, rumah adalah tempat yang TERBAIK untuk itu.

Ahad, 10 April 2011

Nasi Goreng Bayam

Bismillahir Rahmanir Rahim;
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh;
Selamat Sejahtera;

Alhamdulillah, saya sihat pada hari ini.  Cuma penat sedikit, so many work to do since yesterday and a two weeks ago saya tak sihat. Yesterday mesin basuh start meragam and still lagi macam tu. Tengah planning nak continue editing the new manuskrip Still in progress, hope finish before 'my' due date.  hehehe... Sometimes, because of headache, saya tak dapat nak edit manuskrip berhari-hari lama dan dengan rutin harian yang berlumba-lumba minta diberi perhatian.  Bila dah diserang headache nak recover punyalah lama.  Saya tak tahu kenapa sakit ni begini.  Banyak kerja tertangguh. Lama-lama nanti pulak dapat penyakti Big 'M'.  Hope not.

So continue your work guys!  Moga cepat siap semua.  Mari makan nasi goreng bayam sama-sama...

Semangat... semangat...

Jumaat, 1 April 2011

Say NO to April Fool

Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Sejahtera;

Tahukah anda?

Bukan bermaksud diskriminasi tetapi sekadar satu renungan tentang permainan April Fool setiap kali masuk 1 April.  Dahulu masa belum tahu cerita sebenarnya saya juga sering terkena oleh teman-teman, sekarang saya memang say NO April Fool disebabkan oleh cerita di bawah ini :

Pada abad ke-8 Masihi Sepanyol merupakan sebuah Negara Islam yang maju dan tidak disenangi orang Kafir. Bagaimana pun Sepanyol jatuh ke tangan tentera Salib yang amat kejam dengan membunuh wanita dan  juga kanak-kanak. Satu persatu wilayah Sepanyol ditawan oleh tentera salib sehingga ke wilayah akhir Granada.

Penduduk Islam terpaksa bersembunyi di rumah masing-masing. Tentera Salib membuat penipuan dan mengumumkan penduduk Granada dibenarkan keluar dengan selamat dan dibenarkan menaiki kapal yang disediakan untuk keluar dari Sepanyol. Ribuan penduduk Islam pun keluar dari rumah dan berkumpul di pelabuhan. Lalu tentera salib yang bersembunyi membakar seluruh penempatan Islam termasuk mereka yang masih bersembunyi.
 
Moga cerita di atas menjadi satu renungan bersama. Thanks to blogger yang tak tahu entah siapa dah saya copy ni, but saya kongsi sebagai satu ilmu bagi yang terlupa atau langsung tak tahu kisah April Fool ini.

v(^_^)v

Khamis, 31 Mac 2011

Kesilapan dalam SMS, Entry Blog, Etc.

Bismillahir Rahmanir Rahim;


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Sejahtera;

Tahukah Anda?

Perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna singkatan “AKUM" dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang  bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar singkatan “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana as salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana “Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.” 

* Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

* Begitu juga jawapan salam yang sering terdengar 'Wa'alaikumsalam', gunakan jawapan yang betul iaitu WA'ALAIKUMMUSSALAM.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :


"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, 
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, 
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan 
dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"sampaikanlah walau satu ayat"

Sekian, semoga ada manfaatnya bersama.

p/s : yang baik itu datangnya daripada ALLAH SWT, yang tidak elok itu kelemahan saya.

(^_^)v Peace

Selasa, 11 Januari 2011

Lirik Cinta

Aku sudah serik bercinta; Kerna asyik berakhir dengan kecewa
Tapi sejak hadirnya dia; Semua sistem kawalan kini terdedah
Kepala kata jangan gelojoh (no); Hati pula kata pergi (go baby go)
Benarkah cinta itu buta; Kerna tak nampak apa selain dia
Chorus
Aku aku ; Bagaikan sudah terkena mantera cinta
Dari manakah kau datang menyerang; Diriku diriku
Yang disangka kebal; Oh jahatnya kamu; Jahatnya kamu;

Engkau engkau; Penyebab diriku terigau-igau
Kini ku terbayangkanmu hampir setiap waktu
Ku mahu ku mahu denganmu selalu
Oh jahatnya kamu; Jahatnya kamu
Apa agaknya sudah jadi; Pada ikrar untuk tak bercinta lagi
Walaupun belum bersedia; Tapi hatiku mendesak dan menggesa
Ulang Chorus
Jahat budak jahat; Dah terkena; Terkena demam cinta
Jahat budak jahat; Dah terkena; Terkena demam cinta

Jahatnya kamu; Jahatnya kamu;
Ulang Chorus
Oh jahatnya kamu; Jahatnya kamu

Khamis, 6 Januari 2011

Terlaris Grup Buku Karangkraf

(Sehingga catatan ini ditulis sejak 27hb Disember 2010 sehingga 5hb Januari 2011)

1. Cinta Akan Indah – Rini Syanira
2. Masih Setia – Aisya Sofea
3. Rayyan Fantasi – Ramlee Awang Murshid
4. Akan Kutunggu – Sania Yasmin
5. Cinta Usah Dinanti – Aimi Husna
6. Tidur Sebantal – Zalida Adam
7. Anakku... Didiklah Hati Mencintainya – Fuad Hj. Sam
8. Andai Kau Jodohku – Liza Zahira
9. Cinta 3 Suku – Herna Diana
10. Cinta Aku Seadanya – Murni Aqila

P/S : Ucapan yang mudah diluahkan terima kasih.  Satu kejutan yang manis untuk diingat dan penghargaan yang tidak terhingga kerana pengorbanan masa yang lama untuk merealisasikan Cinta Akan Indah ke dunia pembaca tegar.

Rabu, 5 Januari 2011

Terlaris Alaf21



Terlaris Minggu ini
(Setakat ini ditulis sejak 27 Dis 2010 - 5 Jan 2011)

1. Cinta Akan Indah – Rini Syanira
2. Masih Setia – Aisya Sofea
3. Rayyan Fantasi – Ramlee Awang Murshid
4. Akan Kutunggu – Sania Yasmin
5. Cinta Usah Dinanti – Aimi Husna
6. Andai Kau Jodohku – Liza Zahira
7. Cinta 3 Suku – Herna Diana
8. Cinta Aku Seadanya – Murni Aqila
9. Dua Garis Cinta - Raiza Ruhila
10. Senyuman Manismu - Rania Firdaus

P/S : Tiada kata yang dapat diucapkan.  Selain ucapan terima kasih Alaf21 kerana sudi memberi ruang dan peluang untuk saya berkarya, terima kasih pembaca tanpa kalian tidak mungkin di carta nombor satu.   Semoga sajian pertama saya ini memuaskan hati. 

Sabtu, 1 Januari 2011

Satu Januari Dua Ribu Sebelas

"Memulakan sesuatu adalah amat sukar"

"Kerana Cinta Kau Pergi, Kerana Cinta Aku Kembali"

"Mencintai dan dicintai adalah keinginan setiap insan."

Jumaat, 31 Disember 2010

Tiga Puluh Satu Disember Dua Ribu Sepuluh

 "Tak mungkin aku temui cinta sejati kerana kasih sayangmu lebih bererti"
- Cinta Akan Indah.

Jumaat, 24 Disember 2010

Cinta Akan Indah Lagu 2

Sejak dari jam 2 petang lagu ini saya dengar, putar-putar tanpa bosan untuk mendengarnya, malah meremangkan bulu tengkuk dan roma,  huhu... agaknya kerana itulah kumpulan slam meletup dengan lirik dan muzik yang bersatu dalam jiwa pendengar.  Mungkin anda salah seorang peminat lagu-lagu slam.  just klik lagu ini. Slam - Kembali Terjalin


P/S : Jangan sampai mengalir pula airmata terkenang zaman silam dulu.

Selasa, 21 Disember 2010

So Cute and Naive


Assalammualaikum semua;
Dapat buka dan online hari ini walaupun internet slow...
Nak cerita sedikit soal gambar ni.  sebenarnya saya pun kurang ingat di mana saya temui gambar ini.  Gambar ini memang cute dan saya juga teruja melihatnya tanpa sedar saya publish kat facebook rinisyanira.  Ada yang bertanya dari mana gambar ni saya upload sebenarnya saya bukan lupa tapi tak ingat.  macam sarikata lagu pulak kan... 

Apapun  keep smile always.

Jumaat, 17 Disember 2010

Cinta Akan Indah Novel

CINTA AKAN INDAH

Penulis: Rini Syanira
Penerbit : Alaf21
Halaman: 512
Harga: RM19.90

ISBN: 978-983-124-611-5

Sinopsis:
Anis bukan Lina. Mereka cuma kembar seiras, tetapi berlainan perwatakan. Kerana sebuah peristiwa pahit, Anis koma. Kala sedar, dia mengakui bahawa dia adalah Lina. Kerana tidak mahu melihat Anis menderita menanggung kesakitan, keluarga mereka terpaksa membenarkannya menggunakan identiti Lina.

Dengan pengenalan sebagai Lina, Anis meneruskan pelajaran di universiti. Di sana, cintanya terhadap Irsyad berputik. Malangnya, Anis koma semula. Apabila sedar, dia tidak ingat segala yang terjadi sepanjang menjadi Lina. Lebih memilukan, saat Anis pulih... Lina pula pergi buat selama-lamanya.

Irsyad menyangkakan bahawa kekasihnya yang meninggal dunia. Hati yang pilu dibawa pergi. Namun, takdir menemukan mereka kembali. Dalam keadaan Anis masih kabur akan dirinya, Irsyad terpaksa menerima gadis yang hendak dijodohkan dengannya walaupun dia tidak pernah melupakan arwah ‘Lina’.

Rabu, 15 Disember 2010

Ahad, 12 Disember 2010

Cinta Akan Indah Lagu

Sejak dari mula lagu ini keluar, saya memang minat muzik dan liriknya, apatah lagi muzik video.   Jadi sekarang saat ini saya tengah layan lagi ini. Jahat - Stacy AF 

p/s : bersabar saja kalau bising ke blog saya ini...  nanti dah suam-suam suku perasaan saya untuk lagu ini saya akan tukar pulak ataupun hentikan langganan kat gratisan tu. 

Jumaat, 10 Disember 2010

Cinta Akan Indah Blog

Assalammualaikum W.B.T

Kepada semua pengunjung blog saya, diucapkan terima kasih kerana sudi singgah menjenguk blog ini.  Blog ini masih dalam pembikinan, bumbung  masih belum siap. Nanti bila dah siap saya akan maklumkan.  Lagipun masa saya terhad untuk hujung tahun macam ini.  Dikesempatan yang ada saya usahakan membina sebuah rumah.  Walaupun belum lengkap sepenuhnya tetapi saya gembira kerana ada yang sudi datang tak kira ke blog Cinta Akan Indah saya atau di Facebook : rinisyanira

Dalam kesibukan harian, saya masih sempat menyibukkan diri dengan mencari maklumat bagaimana memulakan satu blog. Agak lambat sedikit untuk saya memahami tapi masuk hari ini saya cuba lagi dan lagi… sampai saya rasa saya sudah boleh menyiapkan sebuah rumah ala-ala moden kontemporari kot…
hahaha, kelakarnya…

Untuk yang akan, sedang dan telah datang ke dunia baru saya ini.  Saya ucapkan ribuan terima kasih dan senyumlah selalu.