Memaparkan catatan dengan label Hebat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hebat. Papar semua catatan

Selasa, 26 Julai 2011

Blog Baru

Sila lawati blog baru saya :
http://rini-syanira.blogspot.com/


Sabtu, 7 Mei 2011

May

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Sejahtera;
Bulan Mei ini adalah bulan yang diluar jangkaan.   Walaupun rancangan untuk ke Kuala Lumpur telah ditetapkan lebih awal dan tiket telah di tempah rupanya ada lagi agenda tanpa di duga.  Outstation ke Kuala Lumpur lagi???  Kali ini untuk pertemuan penulis pada 7 Mei terpaksa kata babai... sebab next weeks saya ada urusan rasmi yang tidak dapat dielakkan di Kuala Lumpur, lagipun sesak lah nak turun naik kapal terbang ni.  KLIBF yang telah berlalu dan baru kembali dari Kuala Lumpur rupanya menjemput lagi untuk ke sana.  Apapun hope you all wish me luck for this one.  Doakan saya berjaya.  Saya tak mampu kongsi apakah urusan rasmi tersebut tetapi saya memerlukan kejayaan untuk ini.

Insya'Allah.

Rabu, 6 April 2011

Solat Itu Tiang Agama

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Sejahtera;

Salah satu kepentingan solat dan sabar adalah sebagai penguat diri tatkala di rundung kesedihan ataupun kematian.  Bagi yang masih waras tentunya akan berfikir berkali-kali lebih dari sekali setiap kali mahu membuat keputusan untuk bertindak.  Bertindak di sini maksudnya luas... tindakan kurang waras seseorang kerana tidak sabar dan tidak solat akan merugikan diri sendiri khasnya, dan keluarga, sahabat handai, saudara mara amnya.  Marilah kita sama-sama renungkan maksud ayat 45 Surah Al Baqarah di bawah ini :



Maksudnya 
"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. 
Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',"

Surah Al Baqarah : 45