Jumaat, 1 April 2011

Say NO to April Fool

Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Sejahtera;

Tahukah anda?

Bukan bermaksud diskriminasi tetapi sekadar satu renungan tentang permainan April Fool setiap kali masuk 1 April.  Dahulu masa belum tahu cerita sebenarnya saya juga sering terkena oleh teman-teman, sekarang saya memang say NO April Fool disebabkan oleh cerita di bawah ini :

Pada abad ke-8 Masihi Sepanyol merupakan sebuah Negara Islam yang maju dan tidak disenangi orang Kafir. Bagaimana pun Sepanyol jatuh ke tangan tentera Salib yang amat kejam dengan membunuh wanita dan  juga kanak-kanak. Satu persatu wilayah Sepanyol ditawan oleh tentera salib sehingga ke wilayah akhir Granada.

Penduduk Islam terpaksa bersembunyi di rumah masing-masing. Tentera Salib membuat penipuan dan mengumumkan penduduk Granada dibenarkan keluar dengan selamat dan dibenarkan menaiki kapal yang disediakan untuk keluar dari Sepanyol. Ribuan penduduk Islam pun keluar dari rumah dan berkumpul di pelabuhan. Lalu tentera salib yang bersembunyi membakar seluruh penempatan Islam termasuk mereka yang masih bersembunyi.
 
Moga cerita di atas menjadi satu renungan bersama. Thanks to blogger yang tak tahu entah siapa dah saya copy ni, but saya kongsi sebagai satu ilmu bagi yang terlupa atau langsung tak tahu kisah April Fool ini.

v(^_^)v

Tiada ulasan: