“ La ilaha illa anta subhaanaka inni kuntu minazzholimiin.”
(Tidak ada tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau. Sungguh
aku termasuk orang-orang yang zalim.)
Fadhilat doa/tasbih Nabi Yunus a.s. semasa terperangkap di dalam perut
Ikan Nun.
Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“Barangsiapa mempunyai apa-apa hajat, hendaklah ia berwuduk,
kemudian sujud kepada Allah, sambil membaca tasbih Nabi Yunus sebanyak 40 kali
dengan cara jari telunjuknya menghadap ke arah kiblat ketika ia sujud.
Sesungguhnya sesiapa yang berbuat demikian akan diperkenankan doa dan
permintaannya.”
Sabda Rasulullah SAW maksudnya :
“ Sesungguhnya aku ketahui satu kalimah yang apabila dibaca
oleh mereka-mereka yang ditimpa bala atau kesusahan, Allah akan lepaskan si
pembacanya dari kesusahan. Kalimah tersebut ialah tasbih saudaraku Nabi Yunus
a.s.
Selain itu sebagai tambahan info seperti di bawah :
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Daripada Abu Abdillah bin Abd Rahman bahawa apabila Nabi Yunus a.s. berdoa :
Dalam persyaratan demikian dengan hati yang patah dan terputus dari harapan dari semua tempat baginda a.s berdoa dan mengatakan:
لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
“Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim” ketika berada di dalam perut ikan, sampai suaranya ke Arasy Allah.
Malaikat memberitahu Allah SWT tentang doa hamba-Nya yang daif dari tempat yang asing.
Lalu Allah SWT bertanya kepada para malaikat : “Tahukah kamu suara siapa itu?”
Malaikat menjawab : “Tidak ya Allah”
Allah SWT memberitahu, “Itulah suara Yunus hamba-Ku.”
Malaikat mengatakan,”Ya Allah, Engkau Maha Pengampun terhadapnya. Dia sentiasa mengingati-Mu ketika senang, maka ingatlah dia ketika dalam kesusahan.”
Allah menjawab : “Sudah tentu”
Maka Dia memerintahkan agar ikan itu membebaskan Nabi Yunus dari perutnya.
Menurut sebuah hadis sahih riwayat Tirmizi, Nabi SAW menyatakan yang bermaksud :
“Sesungguhnya tiada seorang muslim pun memanjatkan doa ini dalam apa keadaan sekali pun, melainkan Allah akan memperkenankannya.” (Hadis Riwayat Tirmizi dalam bab al-Da’awat no. 3505, di anggap sahih oleh al-Albani)
Firman Allah SWT :
وَذَا النُّونِ إِذْ ذَهَبَ مُغَاضِبًا فَظَنَّ أَنْ لَنْ نَقْدِرَ عَلَيْهِ فَنَادَى فِي الظُّلُمَاتِ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
(87)
Maksudnya : “Dan (ingatlah kisah) Dzun Nun (Yunus), ketika ia pergi dalam keadaan marah, lalu ia menyangka bahwa Kami tidak akan mempersempitnya (menyulitkannya), maka ia menyeru dalam tempat yang sangat gelap (dalam perut ikan, di dalam laut dan pada malam hari) : ‘Bahwa tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim’.” (Surah al-Anbiya’ (21) ayat 87)
Pada ayat ini Allah SWT. mengingatkan Rasul-Nya dan kaum muslimin semuanya, kepada kisah Nabi Yunus a.s, yang pada permulaan ayat ini disebutkan dengan nama “Zun Nun”. Zu bererti “yang mempunyai”, sedang An Nun berarti “ikan paus”.
Maka Zun An Nun bererti “Yang empunya ikan paus”. Ia dinamakan demikian, kerana pada suatu ketika ia pernah dijatuhkan ke laut dan ditelan oleh seekor ikan paus. Kemudian, kerana pertolongan Allah, maka ia dapat keluar dari perut ikan tersebut dengan selamat dan dalam keadaan selamat.
Sahabat yang dimuliakan,
Berdasarkan ayat di atas dan hadis Nabi SAW doa Nabi Yunus a.s adalah salah satu doa yang sungguh mustajab dibacakan ketika kalian berada dalam keadaan kesusahan ditimpa bala atau musibah.
Allah SWT akan mengkabulkannya sebagaimana Dia mengkabulkan doa Nabi Yunus a.s seperti firmannya yang bermaksud : “Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman.”(Surah al-Anbiya (21) ayat 88)
Oleh itu amalkanlah doa ini sebagai wirid harian dan bacalah doa ini sentiasa samaada dalam keadaan senang atau susah kerana betapa besarnya hikmah dan kebaikan doa yang terdapat di dalam al-Quran ini untuk menjadi amalan harian kita.
Walaubagaimanapun doa hendaklah seiring dengan
usaha kerana itu fitrah manusia dan apabila berdoa beserta dengan sedikit usaha
insyaallah kita akan terselamat dari sesuatu malapetaka dari menjadi lebih
teruk lagi.
1 ulasan:
Terima kasih atas perkongsian yang istimewa ini. Semoga Allah merahmati awak.
Catat Ulasan