Jumaat, 15 Februari 2013

FB TEMPAT AWANG HITAM MENABUR CINTA

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahtera,

Nasib baik kawan RS dan suaminya seorang yang pandai berbahasa Inggeris. 

Awang Hitam adalah seorang yang pandai mengayat dan penuh janji yang membuatkan wanita yang lemah iman menerima chat beliau akan tergoda kerana kesopanan berbahasa, melayu kata lembut gigi dari lidah. Dia juga memaklumkan dirinya sebagai seorang lelaki yang matang kerana dia akan memberitahu dirinya seorang duda/single marital dan berusia dalam lingkungan 40an. Ini semuanya untuk memudahkan wanita melayu mempercayainya. Dia akan menggambarkan dirinya sebagai seorang pakar dalam kerjaya yang diceburinya. Semuanya adalah semata mata untuk memikat dan mengaburi gadis untuk kepentingan dirinya... Jadi RS tidak hairan kalau ramai gadis melayu tergoda dengannya. Ini berdasarkan pengalaman yang terjadi pada kawan RS.

Awang Hitam akan memanggil gadis/wanita seperti "honey", "babe", "darling", "my dear" dan sememangnya tidak akan lekang ayat "I love u babe", "your face make me crazy babe" (sedangkan gambar wall akaun FB kawan RS tu adalah artis Taiwan) dan suami kawan RS yang suka melayan rakan FBnya itu. Kawan RS memberitahu kepada RS, Awang Hitam nak jumpa dan nak ajak minum bersama serta minta alamat untuk dihantarkan hadiah dan sebagainya sebagai tanda perkenalan dan percintaan. Tapi kawan RS tidak beri nombor contact dan sebagainya, cuma suami kawan RS yang suka melayan kerenah dan kelakuan gelagat chat Awang Hitam dan mahu tahu apakah agenda Awang Hitam sebenarnya. Kerana suami kawan RS nak pastikan cerita di akhbar dan di media masa yang mengatakan Awang Hitam di Kuala Lumpur suka mencari cinta dengan memancing didalam laman sosial kemudian mempergunakan peluang dan kesempatan untuk kepentingan yang tersembunyi untuk menjadikan wanita Malaysia sebagai kaldai dadah dan sebagainya.

Kawan RS juga telah memaklumkan kepada Awang Hitam yang beliau adalah isteri orang dan mempunyai beberapa anak, namun Awang Hitam tetap tidak mengindahkan apa yang kawan RS maklumkan kepadanya. Malah terus berusaha dan  juga menggoda dengan bahasa yang berbaur seks dan cinta hitamnya, Awang Hitam menabur janji untuk segalanya kalau kawan RS sanggup jumpa dia di mana mana sahaja lokasi di Malaysia ini. Malahan Awang Hitam juga mahu mengenali suami kawan RS untuk jadi rakan perniagaan. Semuanya adalah cagaran dan jaminan untuk kawan RS mempercayainya dan untuk di ajak keluar bersama untuk pelbagai tujuan. Itu katanya.

Sebenarnya, Akaun FB kawan RS, diurus oleh suaminya. Oleh kerana mahu tahu pasal Awang Hitam punya agenda, suami kawan RS mempelawa datang ke Negeri Di Bawah Bayu, Awang Hitam menunjukkan sikap amat caring yang tinggi dan jujur untuk berkenalan dengan kawan RS dan suaminya. Tapi kawan RS dan suami memang mengsyaki tak mungkin Awang Hitam akan datang ke Negeri Di Bawah Bayu. Sebab kepura-puraannya amatlah terserlah kerana Awang Hitam ini tak menghormati institusi kekeluargaan kawan RS. Awang Hitam akan buat seperti yang berlaku di merata tempat yang kita dengar melalui media tempatan.

Paling menariknya, suami kawan RS yang menyamar diri kawan RS telah memaklumkan sejak akhir-akhir ini, beliau pening kepala kerana banyak hutang untuk diselesaikan dan untuk cari modal perniagaan. Nampaknya respond Awang Hitam seolah dia sudah berjaya memerangkap kawan RS itu, padahal kawan RS hanya menduga. Apa yang Awang Hitam jawab pada kawan RS, Awang Hitam sanggup biayai walaupun nilai itu besar dan perkara standard yang dilakukan adalah minta kawan RS buat paper work untuk dia le, "no problem babe", "this is very small matter babe" "cash no problem for you babe". Jelas sekali Awang Hitam memang memerangkap wanita dengan tunai kononnya dia seorang lelaki yang berduit dan hebat. Suami kawan RS ketawa besar malam itu kerana dugaan dan telahannya adalah tepat.

Berdasarkan kepada janji manisnya untuk berkenalan secara bersemuka, Awang Hitam telah menetapkan satu tarikh untuk mengunjungi kawan RS dan suaminya di Kota Kinabalu. Sehari sebelum tiba tarikh temu janji berlaku, Awang Hitam itu telah menghantar mesej ke laman sosial FBnya mengatakan beliau tidak dapat tiket kapal terbang untuk tarikh tersebut dan mempelawa kawan RS ke KL dengan tarikh yang beliau tetapkan, bagi memudahkan beliau menjemput kawan RS di KLIA atau LCCT. Katanya, semua tambang penerbangan, makan minum dan penginapan beliau sediakan. Sedangkan seminggu sebelum ini amatlah beriya-iya mahu jumpa dan berkenalan dengan kawan RS. Dia mahu menipu kawan RS seolah-olah penerbangan ke KK seperti 1 penerbangan sehari sahaja sedangkan penerbangan airasia ke KL-KK ada  14 penerbangan dan penerbangan MAS 10 penerbangan sehari ulang alik.. Kawan RS dan suaminya dah agak ini adalah penipuan. Lagipun selama hampir dua minggu chat Awang Hitam, tidak pernah berikan no contactnya walaupun dah berkali kali suami kawan RS meminta darinya dan dengan amat mudah berkenalan serta menampakkan kemesraan yang amat tinggi. 

Setiap malam chat Awang Hitam juga macam meminta diberi perhatian seolah-olah beliau kepenatan kerana katanya dia sibuk kerja di pelantar Minyak Terengganu dengan Syarikat ternama dunia Shell Company. Wah hebat betul Awang Hitam yang memperkenalkan dirinya sebagai James Brown dan berasal dari Canada. Kalau berdasarkan kepada penggunaan bahasa inggerisnya adalah sah beliau adalah seorang negro, Afrika. Lakonan chat Awang Hitam memang hebat dan menarik sekali.

Setelah itu masuk hari ke 15 atau hari ke 16, perkenalan antara kawan RS dengan Awang Hitam itu, suami kawan RS telah membuat keutusan menutup akaun dan block semua entri dari terus diterjah oleh Awang Hitam yang bernama James Brown yang amat pandai menyamar dan berpura pura..

Fenomena ini masih menjadi tanda tanya cuma kenyataan berupa anggapan bahawa wanita lebih menyukai 'AWANG HITAM' kerana material dan sosialiti. Pengaruh Awang Hitam berupa kebendaan dan hidup mewah menjadi penyebab kenapa wanita tempatan menyukai mereka. Mereka mengikut kehendak dan kemahuan wanita tersebut termasuk sumber kewangan sebagai umpan untuk mereka merapati dengan lebih dekat lagi.

Setelah mereka rasa wanita tersebut mula memakan umpan mereka jadi mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk memujuk atau mengayat lagi kerana dengan wang dan kebendaan wanita tempatan akan mula lupa budaya dan adat resam. Malah mereka akan terpengaruh dengan cinta yang dibuai oleh Awang Hitam dengan wang ringgit hingga meyebabkan mereka terlena. Melayu mudah lupa juga boleh dijadikan salah satu faktor terpenting kerana hanya melalui wang ringgit yang ditaburkan oleh Awang Hitam mereka sanggup menggadaikan maruah mereka. 


Cerita seterusnya pasal kawan RS yang melayan Awang Hitam tersebut tidak diketahui sehingga entri ini ditulis.

Pesanan yang terbaik untuk semua pembaca entri ini hati-hati dengan Awang Hitam atau orang yang tidak kenali yang chat dengan anda. Terbaik jangan layan chat sesiapa yang tidak kita kenali.. 

Waalahualam.

Tiada ulasan: