Isnin, 23 Mei 2011

Double Mint

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Sejahtera;
Hari ini nak buat satu entry, tapi tak tahu apa cerita nak kongsi.  Rasanya sudah lama dah tak bercerita pada tetamu yang hadir.  Sebenarnya nak kongsikan berkenaan Novel Cinta Akan Indah pada akhir bulan April yang lalu CAI sudah memasuki cetakan ke-2.  Tahniah Alaf21, Tahniah diri sendiri Rini Syanira, satu kejayaan walaupun kecil tapi memberi impak yang melegakan hati.  Terima kasih kepada penyokong, pencinta novel-novel jenis popular.  Siapa sangka CAI boleh menambat hati pembaca.  

Pada sesiapa yang belum memiliki CAI dapatkan dipasaran segera dengan cara mencari di kedai buku atau melanggan secara online kepada Alaf21.

Sekian laporan hari ini.
Tersenyum.

Tiada ulasan: