Jumaat, 12 Oktober 2012

Kelahiran Putera Ke-3

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahterah.
UNTUK sekali lagi, saya mendapat anak ke-3, seorang putera, berat 3.70kg, lahir pada 1.15pm, rabu, 10 Oktober 2012 di HOSPITAL LIKAS KOTA KINABALU SABAH.  Proses kelahiran alhamdulillah normal.  

Pengalaman mengandung kali ke-3 :
- Berat mencecah 60 kilogram.
- Ubat tambah darah dari nama Obimin kepada Iberet.
- Ujian kencing manis (mengandung yang sebelum ini tidak ada) - bagi ujian ini pengambilan darah awal pagi, malam hari sebelumnya di minta berpuasa, selepas darah pertama ini diambil, ibu-ibu di minta minum air gula satu gelas besar, 2 jam kemudian ujian kali kedua - specimen darah akan di ambil kali ke-2 di lipatan pergelangan tangan.
- Ujian jenis darah ibu (sepatutnya dari anak pertama sudah dibuat).
- Scanning bayi dalam 4 kali sepanjang mengandung (namun jantina anak tidak kelihatan).
- Pernah tersungkur dan kaki kanan terseliuh (kandungan dah lebih 6 bulan)
- Tidak larat nak bergerak bila hampir 38 minggu kandungan.
- Due bersalin sepatutnya 20 Oktober 2012 (tepat 40 minggu).
- Morning Sickness sejak kandungan umur 3 bulan - 6 bulan.
- Tidak boleh minum semua jenis susu termasuk soya (muntah).
- Kandungan 7 bulan ke atas badan sentiasa rasa panas. (mandi 3-5 kali)
- Sesak nafas ketika tidur menelentang (kandungan masuk 6 bulan ke atas)
- Makan tidak boleh banyak tapi kena makan kerap.
Hari ini ke KKIA (Klinik Kesihatan Ibu dan Anak) untuk pemeriksaan Jaundis.  Anak di dapati menghidap demam kuning dengan bacaan 139.  Tinggi, esok kena datang semula ke KKIA.

Sambung kemudian.

Tatitu...

Tiada ulasan: