Selasa, 20 November 2012

Kerana Mu 1986

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahterah.
SUDAH puas RS menggunakan khidmat 'Mr.Google' untuk mencari maklumat berkenaan keadaan SABAH pada tahun 1986.  RS mahu melihat gambar-gambar berkenaan suasana Sabah ketika tahun tersebut, namun masih tidak menemui maklumat yang diingini.  Maklumat teori telah RS temui namun RS perlukan gambar suasana Kota Kinabalu pada tahun 1986.  Nampaknya keputusan akhir RS perlu ke Perpustakaan Negeri Sabah untuk mencari arkib gambar.

Dalam menjejak masa lalu, khidmat internet tidak banyak membantu.  Nampaknya alam maya tidak selalunya bermaklumat.  Jika talian internet tergendala berbulan-bulan, kita masih memerlukan 'hardcopy' atau maklumat bercetak, segalanya ada dalam arkib perpustakaan itu pasti.  Bila agaknya RS akan menjejak kaki ke sana pula.

RS masih dalam pantang.

Tatitu...

Tiada ulasan: