Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahterah.
"Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah." - Tema 1434H
Allah SWT telah menggariskan satu panduan dalam kita menyelesaikan
sesuatu perselisihan yang berlaku dalam sesebuah masyarakat atau negara
sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah an-Nisa’ ayat 59. Maksudnya:“Wahai orang yang beriman, taatlah kamu
kepada Allah dan Rasul dan kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian
jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka kembalikanlah ia
kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari
akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok
pula kesudahannya.”
ULASAN TEMA: “WASATIYYAH TONGGAK KESATUAN UMMAH”
1. “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” mengambil pendekatan
sederhana yang diamalkan oleh Rasulullah SAW sepertimana termaktub dalam
Piagam Madinah yang telah dipersetujui Baginda Nabi Muhammad SAW dengan
masyarakat bukan Islam. Ia menyerlahkan semangat toleransi beragama
apabila orang Islam dan bukan Islam saling faham memahami, saling
berkerjasama dan hidup secara harmoni.Perlembagaan Madinah
mempertahankan kebebasan beragama untuk semua, keadilan kepada semua dan
melindungi kaum minoriti untuk mengamalkan pegangan dan budaya mereka.
2. “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” juga berpegang kepada
prinsip akidah, iaitu keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Ia menekankan
aspek berimbang, adil dan diversity-kepelbagaian. Konsep ini
juga perlu membuktikan bahawa Agama Islam berupaya menyusun dan mengatur
masyarakat sehingga mewujudkan peradaban yang unggul dengan wujudnya
konsep “unity in diversity-perpaduan dalam kepelbagaian seterusnya mampu mewujudkan بلدة طيبة ورب غفور–Negeri yang baik dan diampuni Allah.
3. “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” bukan pula bermaksud
sama rata, tetapi adalah pendekatan kasih sayang, kesejahteraan dan
perpaduan yang dikongsi bersama-sama tanpa mengira bangsa dan agama. Ia
juga bukanlah duduk di tengah-tengah tanpa pendirian, tetapi bertujuan
mengutama dan menjaga perkara-perkara dasar dan prinsip persaudaraan
berlandaskan ajaran Islam.
4. “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah”juga memberikan
gambaran yang tidak ekstrim dalam sesuatu hal tetapi tegas dalam hal
yang berkaitan dengan prinsip, individu dan masyarakat sama pentingnya
tidak boleh mengorbankan maslahah orang ramai demi kepentingan individu
tetapi tidak pula maslahah orang ramai dijadikan legalisasi untuk
mengorbankan kepentingan individu.
5. “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” sentiasa memberi
contoh teladan yang unggul dan terbaik dalam melaksanakan aktiviti
kehidupan rakyat Malaysia. Dalam kehidupan masyarakat majmuk di
Malaysia, semangat melampau berteraskan perkauman dan ideologi akan
menjadi pemangkin terhadap ketidaksepaduan masyarakat dan seterusnya
ketidakstabilan sosio-politik negara. Jika elemen ketaksuban masih
berakar umbi dalam pemikiran dan tindakan, masyarakat tidak akan dapat
mengimbangi serta menghayati seluruh intipati kehendak pemimpin negara
untuk membangunkan negara. Oleh yang demikian, menjadi satu cabaran
kepada kepimpinan negara untuk menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia
bagi mengekalkan kestabilan politik dan menerokai kejayaan dan
keberhasilan negara.
6. “Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah” adalah mencontohi pendekatan
sederhana dan seimbang yang dipelopori oleh Nabi Muhammad SAW yang
menjadikan pola kehidupan masyarakat Madinah sebagai contoh terbaik
sebagai masyarakat madani. Malah hasil daripada sikap kesederhanaan
inilah telah membuka hati ramai penduduk Arab di seluruh Semenanjung
Arab memeluk Islam dan membentuk satu ummah. Kebijaksanaan inilah yang
amat diharapkan akan terus wujud dalam rakyat Malaysia yang akan
menyuburkan keharmonian hidup dan melonjakkan prestasi Negara Malaysia
ke tahap yang lebih cemerlang.
TENTATIF
Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hirah Tahun 1434H/2012M
7.00 pagi | : Ketibaan Kontinjen-kontinjen di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) |
9.00 pagi | : Ketibaan dif-dif jemputan |
9.20 pagi | : Ketibaan YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri dan YABhg. Puan Sri Datin Noorainee binti Haji Abdul Rahman |
9.25 pagi | : Ketibaan YAB Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan YABhg. Datin Sri Rosmah binti Mansor |
9.30 pagi | : Keberangkatan Tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Almu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah
Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri
Agong Tuanku Hajah Haminah : Lagu Negaraku : Bacaan doa : Bacaan ayat-ayat suci al-Quran |
9.45 pagi | : Ucapan alu-aluan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin
Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap
Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Sambutan Maal Hijrah Tahun
1434H/2012M : Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong : Upacara Pengurniaan Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1434H/2012M : Persembahan Khas Maal Hijrah : Lagu Negaraku |
11.30 pagi | : Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat ke Bilik Santapan : Santapan/Jamuan ringan : Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berangkat pulang : YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri dan YABhg. Datin Sri Rosmah binti Mansor berlepas pulang : YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin, Timbalan Perdana Menteri dan YABhg. Puan Sri Datin Hajah Noorainee binti Haji Abdul Rahmanberlepas pulang : Majlis bersurai. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan