Ahad, 18 November 2012

Novel Cinta - Ketiga 1997

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahterah.

Awek Cun - Ahadiat Akashah

KETIKA ini RS baru mendapat tempat di hati kawan-kawan, orang jauh seperti RS yang seperti 'rusa masuk kampung' dapat menjalin hubungan bersama kawan-kawan sekelas yang baru.  Pada pertengahan semester tingkatan 4 dari kelas Nilam naik ke kelas Delima namun atas sebab-sebab tidak dapat dijelaskan RS akhirnya ditempatkan ke kelas 4 Mutiara.  RS terima dan mungkin kerana itulah salah satu sebab RS menjadi seorang penulis.
 
RS masih ingat lagi, novel Awek Cun ini adalah buku seorang kawan bernama Zainab.  Semua orang dalam kelas berebut nak membaca novel nipis ini kerana bahasa dan gaya penceritaannya yang ringkas dan santai.  Seronok sebenarnya berimaginasi melalui sebuah novel.  Kawan-kawan yang lain siap berpakat dengan Zai agar bergilir-gilir membaca novel tersebut.  RS pilih sebagai orang yang terakhir.  Satu kelas semuanya awek.  Maklumlah sekolah perempuan.

Sinopsis Awek Cun
"Kau nampak tak angin yang sedang bertiup tu?" Niki senyum melihat angin yang berbentuk dan bercorak itu. Ada yang nakal, dan ada yang baik. Angin juga mempunyai beberapa karektor. Niki gemar melihat telatah angin yang bermacam ragam tu...

Nampak angin? sumpah aku tak nampak. mana boleh nampak angin! Danial ternganga. Di mana aku saat ini? Adakah aku ni masih hidup ataupun sudah mati? Dia tak pasti...

RM8.90
140 muka surat


Serba ringkas cerita awek cun.
Mengisahkan Danial dan Danny, pasangan kembar yang seiras tapi tidak sekepala antara satu sama lain. Danial tak agresif seperti Danny yang berperangai macam samseng. Suatu malam bapa mereka menyerahkan sebuah kotak turun temurun kepada Danial yang merupakan anak sulung lelaki dalam keluarga mereka. Apabila Danial mempunyai anak lelaki sulung, dia hendaklah menyerahkan kotak tersebut kepada anaknya. Dia diamanahkan supaya tidak membuka kotak itu walau apa pun yang terjadi. Tetapi Danial tewas di tangan Danny yang tidak bertanggungjawab.  Danny terus mencungkil kotak itu dan terserlahlah rahsia dalam kotak tu, iaitu sekeping duit singapore bergambar todak.

Danny ketawa berdekah-dekah manakala Danial pulak berdebar-debar menunggu sumpahan keturunan yang bakal melanda dirinya sebab tidak menjaga amanah dengan baik. Danny pula siap mengajak kawan dia Grr main 'spirit of the coin' guna duit todak itu di rumah makwe dia yang kebetulan masa tu balik kampung. Memang macam-macam roh yang datang, tapi terdapat satu roh bernama Niki yang enggan pulang bila di suruh. Yang menghairankan Danial, dia yang sedang mengendap aktiviti Danny dan Grr dapat melihat Niki dengan mata kasarnya.

Niki ada agenda tersendiri, dia memerlukan cinta suci Danial untuk kembali ke alam maya dan bapa Danial memegang rahsia terbesar mengenai misteri duit todak itu.


Seram ke?

Tatitu...  

Tiada ulasan: