Jumaat, 14 Disember 2012

Kad merah ubah rentak Harimau Malaya

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Sejahtera


Rakyat Malaysia dah beri sokongan yang jitu, tapi nasib tidak menyebelahi Harimau Malaya. Mungkin nasib Dato Rajagopal lebih pahit dari apa yang kita rasai.




BANGKOK - Layangan kad merah kepada Mohd. Fadhli Shas oleh pengadil Lee Minhu tidak wajar dan insiden itu mengubah rentak perlawanan negara ketika berdepan Thailand, malam tadi. Demikian kata jurulatih Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal yang kecewa kerana terpaksa beraksi dengan 10 pemain di sepanjang separuh masa kedua. 
"Keputusan pengadil memang bukan satu keputusan yang tepat.
"Pemain lawan (Datsukorn Thonglao) yang turut terlibat dalam insiden pertelagahan dengan Fadhli melakukan provokasi.
"Kad merah itu mengubah rentak perlawanan dan bermain dengan 10 orang memang satu keadaan yang sukar," katanya.
Rajagobal mengakui gol pertama Thailand melalui Teerasil Danga merupakan kesilapan Amar Rohidan yang tersilap jangkaan ketika cuba melakukan sepakan
Sementara itu, Mohd. Fadhli Shas kebingungan kerana menjadi mangsa kepada keputusan berat sebelah pengadil.
"Saya tidak tahu punca pengadil melayangkan kad kuning kedua kerana saya sebenarnya hanya bercakap dengan Datsukorn selepas dia menyiku saya.
"Memang amat terkejut dan sepatutnya pengadil mengambil tahu apa sebenarnya berlaku tetapi apa boleh buat dia telah membuat keputusan.
"Saya minta maaf kerana tidak dapat berjuang sehingga tamat permainan dan saya sendiri tidak tahu apa masalah sebenar pengadil bertindak sedemikian," katanya. - UTUSAN



Artikel Penuh: utusan
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan: