Isnin, 7 Januari 2013

Cara-Cara Wuduk

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahtera,

WUDUK atau wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas kecil. Jika air tiada atau tidak mencukupi, maka wuduk boleh diganti dengan tayammum.

Pengertian wuduk pada syarak adalah membasuh atau menyapu anggota tertentu yang dimulakan dengan niat.
Mari mengambil wuduk :

Berikut cara-cara berwuduk : 

  • Membaca : Bismillah hirrah ma nirrahim.
  • Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan, tiga kali
  • Berkumur tiga kali
  • Memasukkan air ke dalam hidung kemudian mengeluarkannya, diulangi tiga kali.
  • Menyebut lafaz niat wuduk.
  • Membasuh muka tiga kali. Basuhan pertama disertakan dengan niat. Niatnya ialah: “sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah Taala”.
  • Membasuh tangan kanan hingga ke siku, tiga kali. Kemudian membasuh tangan kiri hingga ke siku, tiga kali.
  • Menyapu sebahagian kepala dengan air, tiga kali.
  • Menyapu kedua-dua telinga dengan air, tiga kali.
  • Membasuh kaki kanan hingga ke buku lali, tiga kali. Kemudian membasuh kaki kiri hingga ke buku lali, tiga kali.
  • Berdoa sambil mengangkat tangan, mendongakkan muka sedikit menghadap kiblat.
Cara-cara mendapatkan wuduk yang lebih sempurna:
  • Mendahulukan bahagian tubuh yang sebelah kanan
  • Mengulangi membasuh setiap anggota wuduk sebanyak 3 kali
  • Tidak berkata-kata
  • Menghadap kiblat.
  • Berniat
  • Membaca basmalah.
  • Membasuh telapak tangan hingga ke pergelangan
  • Berkumur
  • Menggosok gigi (bersiwak)
  • Membersihkan hidung
  • Membasuh muka
  • Membasuh tangan hingga ke siku
  • Mengusap sebagian kepala
  • Mengusap kedua telinga; luar dan dalam
  • Membasuh kaki hingga ke buku lali
  • Membaca doa sesudah berwuduk
  • Bersolat sunat wuduk sebanyak 2 raka'at.
  • Tertib (berurutan).
Mari dirikan Solat.

Tatitu...

 

Tiada ulasan: