Bismillahi Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sesungguhnya matlamat hidup di atas dunia fana ini hanya satu, adalah
untuk tunduk kepada Allah yang Maha Esa dan meraih redha Allah. Namun,
acapkali jika kita cuba pandang di sekeliling kita, ramai manusia zaman
kini lebih mementingkan redha manusia berbanding redha Allah. Seakan
redha manusia itulah sumber kebahagian di dunia mahu pun akhirat. Seakan
redha manusia itulah penentu kehidupannya diberkati. Redha manusia? Ya, redha manusia. Jika disingkap kehidupan manusia...
marcapada lebih menitik beratkan kepada kemewahan, kesenangan, dan
hiburan. Sebagai contoh; sesetengah manusia sekarang berlumba lumba
untuk menjadi cantik hanya kerana untuk mendapat pujian dan layanan yang
baik. Ada pula yang sanggup berbelanja lebih untuk memiliki barang
berjenama hanya untuk dijaja di mata orang lain. Tidak salah untuk memakai barangan berjenama, hanya yang kurang sedap
di lihat jika ianya melebihi keperluan yang ada sehingga ada yang hanya
di pakai sekali dua kemudian di simpan buat koleksi menambah harta.
Andai dana tersebut diguna dan dibelanjakan untuk bersedekah, alangkah
baik dan murninya sikap sedemikian rupa?
Tidak juga salah untuk berfesyen mengikut arus kota yang bertamadun.
Namun, hanya kurang sedap di lihat jika ianya berfesyen sehingga lupa
pada halal dan haramnya. Tudung singkat yang masih menampakkan bayangan
leher dan rambut, mekap tebal menyilaukan pandangan sehingga boleh
menimbul syahwat pada yang melihatnya. Bukankah indah jika bersederhana
dan sempurna dalam mengikut syariat menutup aurat? Bukan sahaja aurat
dijaga rapi bahkan akhlak juga sentiasa menghiasi. Sama-sama kira renungi diri, kelak apabila kita pergi meninggalkan
dunia ini, pasti kain putih jua yang akan membaluti tubuh kita. Amalan
mulia jualah sebagai 'make up' diri kita. Jika cantik amalan kita, maka
tentu 'cantik' jugalah diri kita bertemu denganNya.
Sama-samalah kita muhasabah, niat di hati tu sentiasa diperbaiki agar
segala yang kita lakukan hanya semata-mata kerana Allah. Biarlah apapun
yang manusia lain perkatakan, kerana yang tahu nawaitu kita hanya
Allah sahaja. Sesungguhnya niat kita itu penilainya adalah Allah, bukan
manusia. Maka setiap niat kita sandarkanlah ia hanya lillahitaa'la. Misalnya
niat untuk menutup aurat, biarlah kerana Allah ta'ala, jangan niat
pakai tudung hanya untuk cantik. Biar kita tidak cantik di mata manusia,
asalkan kita cantik di sisi Allah. Sabda Nabi Muhammad SAW daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda :
"Islam itu
bermula sebagai sesuatu yang asing dan akan kembali asing, maka
sampaikan lah berita gembira kepada orang orang yang terasing itu."
(Hadis Riwayat Muslim no. 145)
(Hadis Riwayat Muslim no. 145)
Sesungguhnya apa yang baginda khabarkan kepada kita sememangnya
betul. Cuba lihat sekarang dunia, mana satu lagi menjadi keutamaan? Duit
ataupun agama? Tepuk dada tanya
Allah kurniakan mata untuk manusia supaya melihat, Allah ciptakan
telinga untuk mendengar, dan Allah ciptakan otak untuk berfikir,
sesungguhnya ciptaan Allah itu sangat berkait antara satu sama lain,
bila melihat, lihatlah dengan mata hati dan sampaikan la ia ke otak,
supaya ia dapat diolah dengan betul.
"Hidup ini menjadi sempit dan semakin sempit kerana kamu
menjalani hidup ini untuk meraih perhatian dan redha manusia di
sekeliling kamu. Apa yang kamu ingin lakukan, kamu ukur dengan reda
manusia atau kebencian mereka. Ia membuatkan kamu menjalani sebuah
kehidupan yang penuh dengan pendustaan" (Syeikh Ibn Atoillah As-Sakandari)
Sama-sama kita renung dan kita usaha untuk amalkan. Amal dengan penuh istiqamah.
"Ketahuilah
sesungguhnya kehidupan di dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau,
perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlumba dalam
menambah kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang
tanam-tanamannya mengkagumkan para petani, kemudian (tanaman) itu
menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur.
Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan keampunan daripada Allah
serta keampunan daripada Allah serta keredaan-Nya. Dan kehidupan dunia
tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu " (Surah al-Hadid ayat 20)
Justeru sama-samalah kita betulkan niat, sucikan hati. Sedarlah,
hidup di dunia ini hanya sementara tiada kekalnya. Bukalah minda dan
hati agar jangan mudah dan terlalu seronok ditenggelamkan dengan
kemewahan dan keseronokkan di dunia ini.
Sesungguhnya semuanya adalah pinjaman Allah. Pinjaman bermaksud Allah
boleh bagi dan Allah boleh tarik balik nikmat tersebut bila bila masa
sahaja tanpa kita mengetahui dan menyedarinya. Saat kita diberi nikmat
kepandaian, jangan lah kita gunakan ia kepada kesesatan. Jika sesat,
sukar untuk kita jumpa jalan pulang, terus terjerumus dalam kesesatan
melainkan Allah bagi hidayah. Dan jangan lah sesama sekali kita riak,ujub,bangga dengan pinjaman
Allah. Siapalah kita untuk duduk bangga. Kita hanya memiliki nikmat yang
hanya akan hilang. Esok lusa Allah murka Allah tarik balik.
Kesimpulannya, beringatlah sahabat.. Kita ini sangat dekat dengan
akhir zaman. Usah kita jadi hamba Allah yang berada dalam kejahilan dan
kesesatan tanpa sedar. Ingatlah, dari mana kita datang, dan janganlah
sampai kita sesat sehingga mensyirikkan Allah. Melebihkan Allah dari segalanya seakan kita menjadi hamba kepadanya.
Melebihkan material, nafsu, kuasa, pangkat, darjat dan menyandarkannya
pada diri sehingga melupakan Allah yang memiliki segalanya seakan kita
menafikan keagungan dan kesempurnaan Allah. Takutlah kita pada dosa yang
terhijab yang tanpa menyedarinya, kita rupa-rupanya sudah pun berada
didalamnya. Iyya uzubillah~
Justeru, sentiasalah betulkan niat dan hati. Sesungguhnya apa yang
Allah pinjamkan di dunia ini milik Allah. Ianya akan hilang seperti mana
dunia itu hilang. Andai merasa hebat dengan pinjaman Allah, pohonkanlah
kemaafan dan keampunan. Sungguh Allah itu Maha Pengampun bahkan Maha
Pengasih dan Penyayang kepada hamba-hambaNya.
Hai anak
Adam, sesungguhnya jika kamu meminta dan mengharap ampunanKu, nescaya
Aku ampuni dosa yang telah kamu perbuat dan Aku tak peduli. Hai anak
Adam, andai kata dosamu seluas langit lalu kamu memohon keampunan,
nescaya Aku ampunkan dan Aku tak peduli. Hai anak Adam jika kamu
menghadap padaKu dengan membawa dosa sepenuh bumi pula lalu kamu tidak
menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku datang padamu
dengan ampunan sepenuh bumi pula"
(Hadis Qudsi, Hadis Riwayat Tirmidzi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan