Isnin, 11 Mac 2013

OP DAULAT 9 MAC 2013

OP DAULAT: SIDANG MEDIA SEMASA (9 MAC 2013: 5.30 PM)

Operasi masih dijalankan seperti biasa yang mana pasukan keselamatan dapat memasuki ke lokasi-lokasi baru yang dipercayai musuh sedang bersembunyi di lokasi tersebut. Setakat petang ini tiada apa-apa tembakan dan sebagainya dilepaskan.

Beberapa orang telah ditahan berhampiran kawasan persisiran pantai Kampung Tanjung Batu pagi tadi kerana mereka telah memasuki kawasan zon larangan. Kesemua mereka telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk siasatan selanjutnya.


OP DAULAT: SIDANG MEDIA 9 MAC 2013 (10.30AM)

Bermula jam 8 malam hingga 4 pagi tadi, telah berlaku kejadian tembak menembak di kawasan operasi yang mana dua (2) pegawai pasukan keselamatan telah mengalami kecederaan akibat ditembak oleh pihak penceroboh. Setakat ini tiada kematian dilaporkan dikedua-dua belah pihak.

Jumlah tangkapan setakat hari ini, seramai 85 orang dan semua tangkapan disiasat di bawah Seksyen 130c (1) (a) Kanun Keseksaan dibaca bersama Security Offences (Special Measures) Act 2012.

Kawasan di Lahad Datu telah beransur pulih dan pihak PDRM menasihatkan kepada orang ramai agar tidak percaya kepada khabar-khabar angin yang tersebar.

Sumber dari FB PDRM

Tiada ulasan: