Khamis, 28 Mac 2013

Telefon Canggih, Tak Koyak Poket

Cerita dari majalah tech.

Telefon Canggih Tanpa Harga Tinggi
 
Internet kini telah menjadi salah satu petunjuk bagaimana sesebuah komuniti  berada di dunia kini. Adakah mereka di depan? Ataupun di belakang? Semuanya bergantung kepada tahap celik internet komuniti tersebut. Malahan, Bank Dunia telah berkata bahawa dengan adanya sambungan jalur lebar, kesan terhadap sesebuah komuniti menjangkau dari impak komunikasi sahaja – ianya juga menaikkan tahap ekonomi komuniti tersebut.
Maka, tidak hairanlah pihak kerajaan ingin menyambungkan lebih banyak rakyat ke internet dengan pelan jalur lebar yang telah dilancarkan baru-baru ini. Kini para belia juga boleh memasuki alam jalur lebar bergerak dengan telefon pintar mereka sendiri, terima kasih kepada pihak kerajaan. Akan tetapi, patutkah mereka memilih model-model telefon pintar yang mahal?
Kami di Majalah Tech ingin membantu mereka yang ingin mencari telefon pintar untuk mereka gunakan hari-hari tanpa perlu koyak dompet ataupun memakan pasir sebulan untuk menyimpan duit dengan banyak. Kami mengutamakan beberapa ciri-ciri dan fungsi-fungsi yang kami rasakan penting untuk mereka di dalam segmen ini:
-          Harga
-          Prestasi
-          Rekabentuk
-          Kebolehan untuk dinaik-taraf
 

HTC Desire C
Jika anda ingin mencari telefon yang kompak, tetapi masih boleh melakukan apa jua yang anda kehendaki – HTC Desire C pilihan anda. Hanya besar sedikit daripada kad ATM anda, telefon ini mempunyai sistem operasi terbaru ICS daripada Google. Dengan prosessor yang diambil dari Qualcomm anda dengan senang boleh melancarkan segala aplikasi yang diinginkan . Skrinnya mungkin kecil, tetapi resolusinya masih tinggi dan jelas untuk kegunaan seharian. Nak main game seperti Angry Birds ataupun Dead Trigger pun boleh.
Dengan kamera 5 megapikselnya, nak ambil gambar untuk simpanan anda? Senang dan cepat. Dan ianya tak berat – tak sampai 100 gram dengan bateri.
 
Huawei Ascend G330
Syarikat dari China ini lebih dikenali dengan perkakasan yang digunakan oleh pihak syarikat telekomunikasi dan juga untuk dongle jalur lebah mudah alih. Akan tetapi mereka juga mempunyai bahagian yang menghasilkan telefon pintar, dan Ascend G330 ialah salah satu yang terbaru daripada Huawei.
Harganya memang murah, tetapi di dalam telefon ini ianya seakan telefon yang dua ke tiga kali lebih mahal daripadanya. Dengan skrin sebesar 4 inci dan menggunakan teknologi paparan IPS, ke prosessor dwi-terasnya, sehinggalah penggunaan sistem operasi terkini Android Ice Cream Sandwich.
Anda hendak telefon paling hangat di pasaran, tetapi bajet tak tinggi? Cari Huawei lah.
 
Ninetology Black Pearl II
Kalau anda suka barang buatan Malaysia ataupun jenama dari Malaysia, anda patut cuba telefon dari Ninetology ini. Bukan sahaja ianya mempunyai prosessor dwi-teras (yang memasikan game ANgry Birds anda berjalanb dengan lancar), ianya juga mempunyai dua slot kad SIM untuk kegunaan anda. Selain dari itu, ianya juga menggunakan sistem operasi Android 4.0 Ice Cream Sandwich.
Tapi bagi kami, penarik yang paling besar untuk telefon ini adalah harganya. Ianya kurang daripada RM600 di pasaran. Bayangkan, telefon dengan prosessor dwi-teras yang menggunakan sistem operasi Android tanpa perlu merompak bank!
 

Sony tipo Dual
Mungkin anda inginkan sesuatu yang lain dari yang lain. Kenapa tidak ambil telefon dari Sony ini? Selain daripada mempunyai rekabentuk yang menawan, prestasi yang mencukupi dan juga zbadan yang kompak – ianya juga mempunyai dua slot SIM untuk mereka yang ingin untuk menggunakan dua talian pada masa yang sama.
Apabila kami kata ‘pada masa yang sama’, kami tak bergurau. Masukkan dua kad SIM, dan kedua-dua talian boleh digunakan. Sistem di dalam tipo ini membenarkan salah satu daripada SIM tersebut digunakan untuk kegunaan panggilan suara, dan satu lagi untuk kegunaan data.
Kami juga suka bahawa tipo Dual akan mendapat naik-taraf kepada sistem operasi Android Jelly Bean daripada pihak Sony.
 
Samsung Galaxy Chat
Suka menulis SMS yang panjang? Ataupun chat dengan kawan-kawan dengan Whatsapp/Line/Facebook Chat? Tak suka menaip dengan skrin sesentuh, tetapi mahukan Android? Samsung Galaxy Chat adalah jawapan anda. Selain daripada skrin sesentuhnya, ianya juga mempunyai papan kekunci fizikal, ala Blackberry. Semua ini di dalam badan telefon yang kompak.
Ianya datang dengan Android Icre Cream Sandwich, yang boleh dinaik-taraf kepada versi Jelly Bean tidak lama lagi.
Selain daripada itu, kami juga suka akan harga telefon ini – kurang dari RM 500. Mana ada lagi telefon dengan papan kekunci QWERTY pada harga ini?
 
Nokia Lumia 610
Jika anda tidak mahukan Android, jangan gusar kerana kami juga mempunyai cadangan untuk anda. Nokia Lumia 610 menggunakan sistem operasi Windows Phone, dimana ianya mempunyai rupa bentuk yang amat berbeza dari sistem operasi mudah-alih yang lain. Menggunakan versi 7.5, ianya akan boleh dinaik-tarafkan kepada versi 7.8 tidak lama lagi.
Oleh kerana ianya menggunakan sistem operasi daripada Microsoft, ianya datang dengan Office. Ya, anda boleh membuka fail-fail penting anda dengan telefon ini. Bayangkan, Powerpoint, Word dan Excel kesemuanya di dalam telapak tangan anda.
Selain itu, anda juga boleh menggabungkan kesemua laman sosial anda ke dalam satu lokasi sentral yang dinamakan People. Bayangkan, jawab SMS, twitter, Facebook dan Skype – semua dari satu tempat sahaja.

Pilihan RS :
Samsung Galaxy Chat.

Tiada ulasan: