Lafaz yang biasa kita dengar di majlis nikah:
"Aku nikahkan Dikau …… dengan anak ku …"
“Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM….”
Itu adalah tersurat.
Apa yang tersirat? Yang tersirat ialah:
“Aku tanggung dosa-dosa si fulanah
ini dari ibu bapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan
bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak
aku. Akulah orang yang bertanggung jawab dalam memberinya nafkah zahir
dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggung jawab
memegang tanganya bersama-sama berlari bertemu-Mu Tuhan. Aku juga sedar,
sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggung
jawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah
tempatku akhirnya dan malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah
hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si
isteri dan si ibu bapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada
Tuhan.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan