Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Sejahtera;
Apa itu Nuffnang?
Nuffnang adalah gabungan dua perkataan dalam bahasa Jafaikan ianya bermaksud CUKUP BAGUS. Dialek Jafaikan merupakan pelbagai budaya yang sedang pantas tersebar di kalangan remaja London, walaupun orang tua mereka berasal dari Bengali, India Barat, Arab, Brazil atau London Stock.
Mengikut kajian oleh Queen Mary, Univerity of London, ia mendapat pengaruh dari dialek Cockney/Estuary English. Mula dipopularkan oleh seorang ahli komedi Sacha Baron Cohen yang melakonkan watak samseng Ali G (Sacha kini lebih dikenali di arena antarabangsa kerana lakonanya sebagai Borat).
Glosari Mini Jafaican/Jafaikan
Saya masih baru dalam dunia blogger, Nuffnang saya kenali beberapa hari yang lalu apabila saya tertarik dengan sebuah blog yang mempunyai banyak iklan Nuffnang. Sedikit perkongsian tentang Nuffnang saya kongsikan di sini :
a. Nuffnang adalah satu peneraju komuniti pengiklanan blog yang pertama di rantau Asia-Pasifik.
b. Blogger wajib kenali apa itu Nuffnang
c. Pengiklanan melalui Nuffnang adalah berasaskan grafik ataupun video ke pelbagai jenis pelantar blog dalam talian.
d. Cawangan pejabat Nuffnang di empat (4) buah Negara iaitu, Singapura, Malaysia, Philipina dan Australia.
e. Tugas cawangan pejabat Nuffnang ini adalah menghubungkan jenama produk kepada para blogger. Para pengiklan seperti Citibank, Nokia, Sony, Procter & Gamble, Nokia, Nike, Nestle, dan banyak lagi!
f. Selain pengiklanan berasaskan blog, Nuffnang membina reputasi dengan menjadi sebuah komuniti untuk blogger oleh blogger, menganjur dan menyokong pelbagai jenis aktiviti seperti tayangan wayang, seminar/bengkel kerja, parti dan lain-lain lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan