Sabtu, 26 Mac 2011

Pesanan

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera;

Pertama sekali saya ingin memohon kepada semua pengunjung blog saya ini agar dapat mempromosikan novel dan blog cinta akan indah kepada sesiapa saja tak kira sama mereka itu minat membaca ataupun tidak kerana bagi saya promosi dari mulut ke mulut itu penting.  Dengan berkat promosi yang hanya memerlukan modal airliur dan blog ini dapat memberi peluang kepada saya memenuhi sasaran yang sedang saya usahakan ketika ini.

Kedua, saya memohon agar pengunjung yang datang dapat meninggalkan jejak di shoutmix untuk menunjukkan kehadiran tetamu saya di blog cinta akan indah ini walaupun hakikatnya saya melihat rekod kunjungan saudara saudari di feedjit.  Saya berterima kasih di atas kunjungan saudara saudari sekalian.

Ketiga apa juga yang saya tulis di dalam entry blog cinta akan indah adalah melalui proses penapisan dan penelitian ke atas kepentingan sesebuah entry, walaubagaimanapun komen yang membina amat saya alu-alukan di bahagian komen setiap entry saya.

Akhir sekali, semoga anda enjoy membaca novel cinta akan indah dan seringlah berkunjung ke blog cinta akan indah dan meninggalkan pesanan untuk saya menambah baik kelemahan yang ada.

Yang baik itu datangnya daripada ALLAH S.W.T. yang tidak elok itu kelemahan saya.

Terima kasih

d(^_^)b dengarlah muzik kegemaran anda.  sedang layan lagu Sendiri - Jamal Abdillah

2 ulasan:

Nadhirah-chan berkata...

kat mane ek sinopsis die ?

(^_^) rinisyanira (~_~) berkata...

boleh rujuk kat sinosis novel 1 tekan atas tu tepi sebelah kiri.