Jumaat, 8 April 2011

Kebaikan Vs Kebatilan

Bismilahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh;
Selamat Sejahtera;


Firman ALLAH S.W.T. yang bermaksud: 

“Hai orang-orang yang beriman, bila datang kepadamu orang fasik membawa keterangan, maka selidikilah dahulu, agar kamu tidak menimpakan satu kerugian kepada suatu kaum karena kebodohan kamu, sehingga kamu akan menyesal.” 

(Al-Qur'an Surah Al-Hujurat 6)

Siapakah mereka yang fasik?
Apakah tujuan mereka menyebarkan keterangan palsu?

Tentu anda pernah terkena oleh mereka?  Anda sehabis baik berbuat baik dan tidak mahu mengeruhkan keadaan, namun anda juga yang difitnah?  Sakit! Bukan luaran tapi di dalam hati.  Sebuah hati yang hanyalah seketul daging berwarna merah.  Apabila hati dididik menjadi baik maka baiklah ia, apabila di tanamkan perkara-perkara benci dan buruk, maka buruklah ia.  Waullahu'alam.
Ada juga manusia di luar sana, segelintir yang memang suka menyebarkan keterangan yang telah diputar belitkan oleh mereka, kita panggil orang itu si penyampai pesan tak berbayar tapi sebab si penyampai ini memang telah menjadi hobinya maka dia lakukannya.  Lain yang anda maksudkan lain yang dia sampaikan.  Maka akan berlakulah perkara yang mungkar.  Anda secara langsung telah mempunyai seorang musuh dan orang itu telah salah faham dengan keterangan anda yang anda telah sampaikan melalui si penyampai tadi.  Sedangkan hakikatnya anda tidak langsung ada niat ketika berkata begitu.

Pelik dan ajaibnya manusia zaman ini.  Sudah tiada lagi kejujuran, keikhlasan, kesetiaan, dan amanah.  Sebenarnya sebuah keterangan anda itu adalah amanah kepada si penyampai.  Jika dia seorang yang berfikir, tentulah dia tidak akan sanggup untuk menyampaikan khabar yang tidak benar.  Namun itulah yang peliknya dunia hari ini.  Lebih ramai penyampai dari seorang yang jujur.  Sukarnya mencari seorang teman yang jujur.

Sebagaimana Firman ALLAH S.W.T di atas, anda hendaklah menjadi seorang yang bijak pandai.  Selidik dahulu barulah percaya.  Jangan membuta tuli dan melulu membuat tuduhan dalam kesamaran bahawa keterangan tersebut adalah betul.  Hanya ALLAH S.W.T yang tahu kebenaran dalam hati anda.  Anda akan menyesal dan memberi satu kerugian dalam sebuah ikatan silaturrahim, itu yang penting.  Ingatlah : Orang islam adalah bersaudara.

Serba ringkas dari saya.

p/s : akan bersambung...


Tiada ulasan: