Jumaat, 8 April 2011

Sedikit Perkongsian

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Sejahtera

Sedikit Perkongsian;

Alhamdulillah, dalam banyak-banyak cara rawatan untuk penyakit migrain akhirnya telah menemui noktahnya.  Sebenarnya ramai di antara kita mungkin alpa ataupun terlupa bagaimana ayat-ayat AlQur'an hebat fungsinya dalam merawat satu-satu penyakit.  Penyakit datang sebenarnya telah lama bermukim di dalam diri seseorang cuma belum menunjukkan tanda pada masa yang telah ditetapkan sejak azali.  Disebabkan itu ada peringatan tentang sihat sebelum sakit.  Ketika kita sihat kita tidak melihat sakit akan datang berpunca dari mana?  Sakit itu azabnya bagaimana?

Dalam keadaan sihat kita sering lupa bahawasanya sakit itu datangnya dari pemakanan,  kita makan dari mulut, telan, makanan di proses di dalam perut, sumber-sumber khasiat akan disalurkan ke semua sistem dalam badan.  Pernahkah anda terfikir ke mana perginya bahan kumuh tentunya kita buang tetapi apabila sistem di dalam perut kita sudah 'LARI' dari fungsi yang sebenarnya dan menerima selain zat-zat makanan dan menyalurkan ke serata pelusuk dalam badan kita, pastilah penyakit akan kata 'HAI-HAI' dan Sihat kata 'BYE-BYE'.  Apabila kita tidak cukup rehat dan tidak cukup menjaga kebersihan tentulah kita akan SAKIT.  Cuma ianya tidak terjadi 'ON THE SPOT' ianya adalah 'PAKEJ LENGKAP'. 

Ada pepatah mengatakan Hanya Jauhari Mengenal Manikam, hanya individu itu sendiri yang tahu mengapa dia sakit?  Adakah akibat kecuaian manusia lain atau kecuaian sendiri?  Tahukah anda?  Apabila seringkali sakit itu datang, betapa rindunya untuk kita cergas dan sihat semula.  Oleh itu HARGAILAH KESIHATAN ANDA.  Berikut adalah sedikit perkongsian yang mana PENTINGNYA sabar untuk meneruskan cara rawatan ini.  Insya'Allah keyakinan pastinya akan sembuh.  Sebenarnya semuanya bermula dari dalam diri kita iaitu HATI:

p/s : Ayat-ayat cinta di atas adalah catatan sendiri.  Panduan di bawah ini adalah sumber dari laman sesawang yang di cari melalui google.  Harap dapat membantu dan teruskan usaha dengan sabar merawat penyakit migrain atau sakit kepala.

1.Baca Al Fatihah (1 x)




2.Baca Surah Al Ikhlas (3xs)



3.Baca Surah Yassin ayat ke 58 (3x)



4.Baca Selawat (3x)



Caranya meniup di telapak tangan dan meletakkan telapak tangan di kepala untuk sementara. Setelah itu, ulangi proses itu lagi. Terapkan keyakinan percaya kepada Ayat-Ayat Allah S.W.T.

Insya'Allah.

Yang baik itu datangnya dari ALLAH S.W.T., yang tidak elok adalah kelemahan saya.




Tiada ulasan: