Rabu, 6 April 2011

Solat Itu Tiang Agama

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Sejahtera;

Salah satu kepentingan solat dan sabar adalah sebagai penguat diri tatkala di rundung kesedihan ataupun kematian.  Bagi yang masih waras tentunya akan berfikir berkali-kali lebih dari sekali setiap kali mahu membuat keputusan untuk bertindak.  Bertindak di sini maksudnya luas... tindakan kurang waras seseorang kerana tidak sabar dan tidak solat akan merugikan diri sendiri khasnya, dan keluarga, sahabat handai, saudara mara amnya.  Marilah kita sama-sama renungkan maksud ayat 45 Surah Al Baqarah di bawah ini :



Maksudnya 
"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. 
Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu',"

Surah Al Baqarah : 45


Tiada ulasan: