Isnin, 12 November 2012

Jalanraya

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahterah.
DUA hari yang lalu, RS berusaha mencari maklumat di internet tentang keadaan jalan raya di Sabah pada tahun 1986, hasil usaha RS itu RS menemui tentang Rancangan Malaysia Kelima di Portal 'RMKe-5' dan  ianya adalah maklumat berkenaan Pengangkutan dan Perhubungan pada tahun 1986 - 1990 dalam RMKe-5 dan RMKe-6. Selain itu RS juga mencari gambar keadaan jalanraya di Sabah pada tahun berkenaan namun yang RS temui adalah tetang Rusuhan pada bulan Mac-Mei 1986 (Sabah Riot) di URL 'Borneo' dan 'wiki'.

Sedikit perkongsian maklumat daripada wiki adalah seperti berikut :
Rusuhan Sabah 1986 berlaku di antara bulan Mac dan Mei di beberapa lokasi seluruh negeri Sabah, Malaysia. Rusuhan itu tertumpu di Kota Kinabalu, dan juga bandar Tawau dan Sandakan. Pada 12 Mac, 7 bahan letupan plastik telah diletupkan di Kota Kinabalu. 1 bom turut diletupkan di Tawau. Rusuhan itu telah mengakibatkan 5 kematian.[1]
Rusuhan itu terjadi berikutan keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah, 1985, di mana Parti Bersatu Sabah (PBS) yang baru sahaja ditubuhkan telah menang, dan menjatuhkan parti BERJAYA dari tampuk pemerintahan. BERJAYA merupakan kerajaan sebelum itu dan merupakan parti komponen Barisan Nasional. Telah dilaporkan bahawa kumpulan perusuh telah berarak untuk cuba menggulingkan presiden PBS Datuk Joseph Pairin Kitingan dari jawatan Ketua Menteri.[2]

RS ketika itu baru berusia 5 tahun pada tahun 1986 dan itu bermakna RS belum mengerti dan memahami suasana pergolakan negeri.  Tiada juga mendengar cerita berkenaan rusuhan tersebut dari generasi lampau.  Mungkin tiada siapa yang tahu atau RS belum mengerti apa-apa.  Kena gali semula cerita ini melalui mereka.  Selepas 26 tahun dan kebetulan RS mahu tahu tentang peristiwa 1986 yang berlaku di negeri Sabah.  RS menemui cerita tentang 'Sabah Riot' ni.


Setelah 'menggali' dengan bantuan 'Mr.Google' sepuasnya RS mendapati jalanraya mula dinaiktaraf dari jalan-jalan kampung ke jalan tar adalah sepanjang tahun 1982 - 1990 dan sebahagian besar telah dilaksanakan.  Projek-projek utama jalan raya yang telah dilaksanakan termasuk pembinaan dan penyiapan beberapa bahagian Pembinaan jalan raya utama Pantai Barat meliputi Beaufort-Kota Kinabalu-Kota Belud-Kudat di Sabah.  Inilah maklumat yang mengesahkan dan meyakinkan RS bahawa jalanraya di Sabah telah dinaiktaraf pada tahun 1986.  Selesai.

Panjang berjela dah entry ini.

Kita sambung kemudian.

Tatitu... 

Tiada ulasan: