Ahad, 11 November 2012

Pesan Orang Tua

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahterah.

"Jujur, amanah, ikhlas dan setia," pesan abah.
"Selain itu, abah?" soal RS.
"Jangan terburu-buru," abah pesan lagi.

ITULAH antara pesan yang masih RS ingati sampai sekarang.  RS sering rindukan arwah abah, tiap kali rasa rindu RS sedekahkan Al-Fatihah.  Semoga roh arwah aman berada di sana.  Sedih sangat.  Macam-macam perkara boleh kongsi dengan arwah abah. Arwah seorang yang sangat 'sporting' dan berilmu.  Arwah suka kongsi cerita zaman mudanya dahulu kalanya.  RS pula suka layan cerita orang tua.  RS suka dengar cerita arwah kerana kelainan zaman dan perbezaan masa, kehidupan mereka berbeza dengan kehidupan yang RS lalui, macam-macam perkongsian sambil diselitkan serba sedikit nasihat, agar RS tidak lalai dan boleh jadi seorang yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.  Macam lagu pula...

Sedih sebenarnya bila menyentuh perihal arwah, tetapi kerana kematian itu pasti RS redha dan berharap segalanya berjalan dengan lancar dan sebagaimana yang arwah harapkan kepada RS.  RS tetap berpegang pada pesan arwah.  Banyak lagi pesan dari arwah namun cukuplah 2 di atas tu yang menjadi pemangkin kepada pemikiran RS ketika dalam situasi yang genting.  RS rasa setakat ini sahaja dulu.

Jumpa di lain waktu.

Tatitu...  

Tiada ulasan: