Jumaat, 9 November 2012

Novel Cinta-Pertama 1996

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahterah.

Novel Karya Marga T - Karmila I & II
Kisah ini dimulai dari Karmila, seorang mahasiswa kedoktoran yang diperkosa oleh Feisal, anak Daud Gurong yang tersohor. Awalnya alasan Feisal melakukannya hal itu hanya kerana dia kesal kerana Karmila tidak mengendakannya pada suatu pesta. Dengan bantuan penguam Daud Gurong, Karmila di pujuk agar tidak melaporkan tindakan kliennya dengan alasan bahawa "masalah yang sudah hampir padam jangan di ungkit kembali". Karmila pun setuju akan hal tersebut, Feisal pun akhirnya bebas dari tahanan.
Karmila yang mendapati dirinya sedang hamil menangguhkan pengajian di Universiti. Feisal mengetahui Kamila hamil akibat perbuatannya. Dia mulai mencari Karmila, dia berhenti dari pengajian dan bekerja dengan ayahnya. Bertemu dengan Karmila yang menyembunyikan diri dirumah makciknya. Feisal mempunyai kelebihan mengambil hati orang - orang sekeliling Karmila, mulai dari jiran sehingga kerabat keluarganya.  Feisal berjaya mendapat simpati dari semuanya kecuali Karmila. 
Karmila sebenarnya mempunyai tunang bernama Edo, berada di Australia. Dia ingin memberitahu tentang keadaan sebenarnya apa yang telah terjadi namun suratnya tidak pernah sampai. 
Akhirnya Karmila akur dengan pujukan Feisal untuk melangsungkan pernikahan.  Karmila dan Feisal menikah di catatan sipil agar bayi yang akan lahir memiliki nama dan ayah. Setelah bayi itu lahir ia diberi nama Fani (Stefanus), awalnya Karmila tak mau memberi susu untuk bayinya, namun Feisal memohon dan membayar ganti rugi tersebut, agar Fani tetap bersama ibunya. Fani berusia beberapa bulan Karmila ingin menyambung pengajiannya yang tertangguh. Ia menyerahkan Fani kepada Feisal untuk dijaga selepas penceraian mereka. Fani berkunjung tiap ahad dan menginap di rumah Karmila.  Karmila meneruskan perancangan untuk berkahwin dengan Edo.
Sehari sebelum keberangkatannya ke Australia, Karmila mendapat khabar bahawa Fani jatuh sakit, atas desakan teman - teman dan keluarganya dia datang menjenguk Fani di rumah Feisal. Dia berdoa sekiranya anaknya selamat dia tidak akan meninggalkan anaknya selamanya.  Dia menepati janjinya itu, dia menikah semula dengan Feisal.  Karmila dan Feisal hidup bahagia dan mendapat anak kedua iaitu Anastasia (Tasia).  

Novel ini merupakan novel yang menyentuh jiwa jika faham bahasa yang digunakan penulis kerana novel ini merupakan novel penulis Indonesia.  Saya ketika itu masih di bangku Sekolah Menengah Rendah dan meminjam novel ini dari Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Sandakan.  Saya cukup tersentuh dengan cara penceritaannya dan mahu memiliki sebuah novel ini tetapi sekarang sukar untuk mendapatkannya di pasaran.  Pada sesiapa yang mahu menjual novel karmila ini sila hubungi saya.

Inilah serba ringkas sinopsis novel pertama yang saya baca.  Kehidupan zaman dahulu memang sukar mencari bahan bacaan, apatah lagi tempat tinggal saya jauh dari bandar.  Jarang sekali dapat turun ke Bandar Sandakan.  Dengan jalan raya yang masih gerabel, perjalanan dari kampung ke Bandar kira-kira 1 jam 30 minit untuk sampai ke Perpustakaan.  Oleh kerana minat sangat membaca saya suka ke Perpustakaan pada masa terluang dan lapang bersama rakan-rakan sekampung.   Sekarang Bandar Sandakan dan jalanraya sudah jauh berubah kerana pembangunan.  Berdekatan kampung saya adalah Universiti Malaysia Sabah Sandakan.  Sebab itulah pembangunan cepat di area berdekatan.
Kita sambung lagi nanti...
Tatitu.

Tiada ulasan: