Ahad, 25 November 2012

Samsung Galaxy Tab 10.1 Vs Note II

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahterah.

SIAPA yang tak minat teknologi terkini angkat tangan!  Sudah tentu mereka yang buta IT.  Tetapi bagi mereka yang tergolong dalam kategori 'gila' IT, dalam plan dan bajet serta angan-angan mereka sekali pun sudah tentu tercatat keinginan yang mendalam tentang mendapatkan teknologi canggih terkini.  Terkini adalah Samsung Galaxy Note II dengan aplikasi yang canggih dan mengiurkan sehingga meleleh-leleh air liur untuk mendapatkannya.  Siapa tak nak?  Jika nak bolehlah layari laman web Note II ini.

RS berminat untuk memiliki Samsung Galaxy Tab 10.1 kerana memudahkan RS untuk mengedit manuskrip walaupun di mana RS berada tetapi memikirkan tentang gelagat 2 orang anak lelaki dewasa RS yang telah mandikan handphone RS, rasanya RS simpan dulu angan-angan tersebut sehingga terdapat teknologi terkini yang terkini menepati citarasa RS pula.  Ahahaha, perlu angan-angan tapi jangan hidup dalam angan-angan bahaya!

Keraplah berimaginasi.  Impian pasti terlaksana.

Tatitu.
 
WMP - 9CSXWWF3

Tiada ulasan: