Isnin, 26 November 2012

BB3 Memerap

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahterah.
 
SATU perkongsian dari RS.  Pada hari ini bayi ketiga (BB3) RS sudah berumur 1 bulan 16 hari, BB3 sudah pandai memerap, bila tidur kena pangku, bila tak ada orang kelihatan di sisinya ketika dia sedang bangun dia akan menangis, bila RS letak atas tempat tidur dia akan bangun sedangkan semasa di pangkuan RS dia tidur dengan lena.  Setiap malam pula BB3 akan bangun kerap untuk menyusu pada jam 12, 2 dan 4 pagi 
 
Alhamdulillah BB3 tiada ruam lampin setakat hari ini.  Sejak dari BB3 RS lahir, RS gunakan air suam untuk mencuci punggungnya kerana mengelakkan ruam lampin dan keraplah menukar lampin pakai buangnya walaupun dia baru sahaja kencing/berak.  Jika kelihatan tanda-tanda ruam (kemerahan) di punggung BB3 RS akan gunakan sejenis ubat sapu berbentuk krim. Krim ini boleh didapati di farmasi. Nama krim ini adalah BEPANTHEN.  Satu rahsia nak RS kongsikan pada semua, krim ini untuk merawat jerawat.  Setiap malam, cuci muka dengan air suam, lap kering-kering dan sapulah sedikit pada jerawat.  Insya-Allah jerawat perlahan-lahan kurang.  Cubalah tiada halangan untuk mencuba, ingat cuci muka dengan air suam.  Cuma kerap dan kena rajin.
 
Bagi RS pula, sepanjang berpantang kali ini RS gunakan Leesa Formula terutamanya Shapely Slim Body Contour Gel.  BB3 guna produk Johnsons Baby dan Minyak Telon Petani.  Jika BB3 kembung perut, RS sapu Minyak Telon dari lutut ke pergelangan kaki BB3.
 
Kita bertemu lagi di masa hadapan dengan lebih banyak info dan cerita BB3.
 
Tatitu...   

Tiada ulasan: