Isnin, 31 Disember 2012

Encik Abangku Romantik

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahtera,
SAMBUNG semula kisah tahun 2012.
IMBASAN 2012 siri 2.
Di mana hendak dimulakan kata-kata dan tulisan.  Atau frasa ini lebih tepat.  Tulisan menggambarkan perasaan yang sebenar pemiliknya.   Sebenarnya RS tidak memanjangkan coleteh dengan kisah-kisah lampau.  RS merasa tentu tiada yang mahu membaca kisah RS di sini entahlah.  Rasanya saja ye...
Encik Abangku Romantik - benar sekali dan RS sentiasa bersyukur ke atas kurnian ALLAH SWT pada RS.  Hakikat perlu diterima semua pihak, sebagai manusia tiada seorang pun yang sempurna di jadikan oleh ALLAH SWT kelebihan dan kekurangan diri ada saja pada seseorang apa yang penting terima seadanya apa jua yang terhidang pada diri kita kerana yang jelas itu tandanya kita bersyukur dengan nikmat yang diberikanNYA.

Sekali imbas sudah 5 tahun 7 bulan 3 minggu 9 hari perkahwinan RS berlangsung.  Jadi hadapilah peristiwa yang berlaku dalam hidup kita, syukurilah nikmatNYA.  Apa yang penting bahagia dan hari-hari ceria... Amin.

Selamat datang tahun baru.

Tatitu...

Tiada ulasan: