Ahad, 30 Disember 2012

Petua RS IV

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahtera,

SYUKUR kepada ALLAH SWT.

Tanpa sedar kehidupan perlu diteruskan, dengan cuaca yang tidak menentu, bila-bila masa akan banjir di tempat tinggal RS.  Berita di media massa melaporkan banjir telah melanda negeri-negeri semenanjung.  RS perlu bersedia kerana pelbagai perubahan ekosistem dunia dengan keadaan cuaca yang 'gila-gila'.  Sekejap hujan dan sejuk, kemudian cerah dan panas.  Kesihatan juga tentu dipengaruhi oleh keadaan cuaca begini.

Okey berbalik kepada topik kita tentang Petua RS, selepas membaca sebuah buku tentang perawatan cara islam RS telah mencuba satu perkara iaitu untuk kulit wajah.  Alhamdulillah kulit wajah RS mula memperlihatkan perubahan ketara selepas mencubanya sejak 21 Disember 2012 yang lalu itu bermakna sudah 9 hari RS membuat terapi pada muka.  Wajah RS kelihatan cerah dan gebu.  Tidak kusam seperti sebelum ini.  Pada yang berminat boleh PM RS di inbox FB RS.  

Sebenarnya petua RS ini semua orang boleh buat tetapi mahu percaya atau tidak sahaja keberkesanannya.  Jika RS tidak mencubanya sendiri sudah tentu RS tidak berani untuk memperkatakannya.  Apapun cara ini adalah untuk semua jantina.  Tidak kira lelaki mahupun wanita kedua-dua gender ini boleh mempraktikkannya.  Tak usahlah menggunakan produk di pasaran yang banyak bahan kimia tersembunyi dan terlarang, namun RS tidak menidakkan dan mengiyakan semua itu cuma sebagai satu pandangan peribadi sahaja.  

Insya-Allah bagi yang mahu mencuba hendaklah tahan hati untuk meneruskan petua ini kerana ianya asli dan tiada ganti.  Hasilnya tidak serta merta.  Contohnya sakit tidak datang mengejut sebenarnya, biasanya sakit datang selepas bertahun-tahun berada di dalam tubuh manusia tanpa manusia ambil tahu apabila tiba masa ianya sakit, maka terus luruh semua sakit sekaligus.  Sama juga isu tentang rabun, rabun mengambil masa bertahun-tahun sudah tentu untuk sihat juga seperti siput.  Isunya di sini penyembuhan sesuatu penyakit memerlukan kesabaran dan komitmen yang tinggi dalam meneruskan usaha untuk kesihatan yang unggul.

Itu dulu, jadi PM RS di FB dengan tajuk Petua RS IV. (P/S : bagi yang berminat sahaja).

Tatitu


Tiada ulasan: