Selasa, 11 Disember 2012

Ikan Singgang Simple RS

Bahan-bahan:
3 ekor ikan kembung
1 batang serai
2 biji cili hijau –belah 4
1 biji bawang besar – dipotong kasar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi -ketuk
1 inci halia
3 keping asam keping
½ inci kunyit
Sedikit garam

Cara-cara:
  1. Siang ikan, potong 2 dan basuh.
  2. Tumbuk bawang putih, bawang merah, kunyit dan halia.
  3. Masukkan bahan yang ditumbuk dan serai kedalam periuk. 
  4. Tambahkan air dan didihkan. 
  5. Masukan cili hijau ,cili padi dan bawang besar dan asam keping.
  6. Masukkan ikan dan masak kira-kira 10 minit. Masukkan garam.
  7. Sedia dihidang.
Nota : jika tambah rempah tom yam sudah tentu jadi tom yam. cubalah.

Selamat memasak.

Tatitu...

Tiada ulasan: