Rabu, 12 Disember 2012

Sawi Goreng Simple RS

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selamat Sejahtera

Sayur Sawi Goreng Belacan
 

Bahan-bahan :
  • 1 ikat sawi - di potong sederhana panjang
  • 1 biji bawang merah - ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih - diketuk
  • 3 biji lada cili 
  • 1/2 inci belacan- dibakar 
  • 2 biji cili merah - di belah tengah (jangan putus)
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Sedikit air masak
  • Garam, gula dan ajinomoto secukup rasa
  • 1/2 sudu kecik sos tiram
Cara membuat :
  • Tumbuk bawang merah, belacan dan lada cili
  • Bawang putih diketuk sahaja
  • Panaskan minyak dalam kuali
  • Tumis bahan tumbuk, bawang putih dan sos tiram sehingga naik bau
  • Masukkan batang sawi dan kacau sebati
  • Bila batang sawi mulai layu, masukkan daun sawi dan lada yang telah dibelah tadi
  • Masukkan sedikit air dan kacaukan ia
  • Masukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa
  • Kacau dan rasakan kuahnya
  • Biarkan mereneh seketika dan angkat

Tiada ulasan: