Sabtu, 29 Disember 2012

Jumaat Terakhir 2012

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahtera,

IMBASAN 2012 siri 1
 
Hari ini 28 Disember 2012, ini bermakna hari jumaat terakhir bagi tahun 2012.  Betapa cepatnya masa berlalu dan RS sudah memiliki 3 orang anak lelaki. Walaupun usia BB3 baru 2 bulan 2 minggu 4 hari tetapi sudah boleh berinteraksi dengan baik pada RS dan suami.  
 
Kehidupan RS sejak akhir-akhir ini dalam keadaan baik dan sihat Alhamdulillah RS bersyukur dengan kesihatan yang diberikan oleh ALLAH SWT pada RS dan keluarga.  Sesungguhnya RS memohon agar RS dapat mengecapi apa yang dirancangkan sebaik mungkin .
 
Tahun ini yang RS tak dapat lupakan adalah tentang kesihatan RS yang tidak menentu sehingga memberi kesan kepada harian RS sendiri banyak yang tidak menepati seperti yang RS rancangkan.

Tahun ini juga RS menempuh cabaran ketika mengandung anak ke 3 iaitu BB3 kerana RS mengalami alahan pada ubat gigi sepanjang mengandung.  Kandungan juga berat sehingga RS tidak larat untuk berjalan walaupun setapak ke depan tetapi demi mengenangkan kehidupan seharian perlu diteruskan RS cekalkan hati.  Pelbagai cerita duka dan suka, lucu gembira dan menangis sedih sudah ditinggalkan pada detik-detik masa lalu namun ia masih meninggalkan kesan di dalam hati RS.  Hanya RS yang rasa kerana RS yang alami dan hadapi dengan pelbagai pancarobah yang datang melanda.  Walaupun RS sukar menerima jenis manusia 'talam dua muka'. Kadang kala RS berfikir mengapa mereka boleh hidup beralaskan topeng.  Hati tentu tidak akan gembira kerana hidup tanpa keikhlasan hati.  
 
RS juga mengalami situasi di mana simkad RS diblok tanpa sengaja.  Semua data dan nama pemanggil hilang begitu saja, bagi yang sering SMS atau Call RS, RS minta maaf banyak-banyak kerana tidak dapat mengenalpasti nombor yang membuat panggilan. RS harap korang memahami situasi yang RS terpaksa hadapi.  RS masih menggunakan nombor yang sama.  Cuma data korang tu dah hilang jadi RS tak kenal siapa pemanggil tersebut sehingga hari ini.  Kesukaran begini RS minta maaf banyak-banyak.  Selain itu kerosakan telepon bimbit RS yang tidak dapat mendengar suara pemanggil juga satu hal, semuanya seakan berpakat dalam satu masa.  Namun RS terima semua seadaanya.
 
Selain itu, imbasan ini perlu di sambung kerana RS tidak berapa sihat malam ini.  
 
Tatitu...

Tiada ulasan: