Ahad, 23 Disember 2012

Novel Romantik - Tahun 2002

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahtera.

OMBAK Rindu - Fauziah Ashari

Sinopsis
Izzah, gadis yatim piatu yang kematian orang tua akibat kemalangan jalan raya.  Dia terpaksa tinggal bersama bapa saudaranya, Pak Cik Taha.  Namun, kehadirannya di dalam keluarga itu dianggap sebagai pembawa malang.
Disebabkan tabiat suka berjudi, Pak Cik Taha sanggup menjual anak saudaranya itu kepada tauke kelab malam.  Izzah terpaksa walaupun hatinya tidak rela diperlakukan sebegitu.  Namun sebagai wanita, dia pasrah. 
Di situ, Izzah telah berkenalan dengan Hariz.  Atas dasar simpati, Hariz telah membawa Izzah keluar dari neraka jahanam itu.  Hariz juga bersetuju mengahwini Izzah tetapi dengan syarat perkahwinan mereka itu mesti dirahsiakan daripada umum dan terutamanya Datuk Sufiah (ibu Hariz).
Tanpa disedari perasaan sayang mula berputik di hati Izzah.  Namum Hariz dipaksa mengahwini Mila Amylia.  Bahagiakah rumah tangga yang dibina dengan kehadiran orang ketiga?  Sebagai lelaki apakah pilihan Hariz?  Sesungguhnya cinta sejatinya datang dalam diam dan hanya sekali untuk Izzah.
Selamat membaca.
Tatitu... 
 

Tiada ulasan: