Rabu, 19 Disember 2012

Soalan ketika hamil RS - I

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahtera.

Mari kita lihat:

SOALAN YANG SERING BERMAIN DALAM FIKIRAN KETIKA HAMIL

Soalan 1
Bolehkah makan herba ketika hamil?  

Jawapan
Kebanyakan herba berkemungkinan memberi KESAN BURUK kepada wanita hamil.  Ada herba yang merangsang pengecutan uterus, mencetuskan keguguran, malah ada yang mengakibatkan kecacatan fizikal atau kematian terhadap janin.  Jalan terbaik adalah mengelakkan penggunaan sebarang herba terutamanya pada trimester pertama dan dua bulan terakhir kehamilan.  Tanya pada pakar pemakanan untuk kepastian. 

Soalan 2
Haruskah mengawasi pengambilan lemak?

Jawapan
Diet mengurangkan lemak adalah tidak sesuai untuk sepanjang tempoh kehamilan.  Walau bagaimanapun, makanlah secara sederhana.  Adalah selamat untuk memakan produk-produk rendah lemak.

Soalan 3  
Minuman beralkohol memudaratkan kandungan?

Jawapan
Supaya lebih selamat, elakkan sebarang minuman beralkohol sepanjang kehamilan.

Soalan 4
Minum kopi kandungan terjejas?

Jawapan
Anda berisiko untuk mengalami keguguran jika meminum kopi secara berlebihan.  Walau bagaimanapun, 2 cawan kopi nyahkafeina atau kopi cair sehari pada amnya boleh dikatakan selamat.

Soalan 5
Makan halia sebabkan bayi kuning semasa dilahirkan?

Jawapan
TIDAK.  Halia adalah bagus untuk mengatasi masalah loya dan penawar bagi mabuk hamil.  Makanlah secara bersederhana.

Sedikit info dari Nutrisi RS.

Tatitu...
  

Tiada ulasan: