Khamis, 24 Januari 2013

12 Rabiul Awal 1434H / 24 Januari 2013 (Khamis)

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahtera,

SEMPENA sambutan Maulidur Rasul tahun ini 1434H bersamaan tarikh 24 Januari 2013 mari kita singkap sejarah kelahiran Nabi Muhammad S.A.W melalui sebuah lagu kumpulan Al Mizan.  Hayati lirik lagu ini sudah tentu kita mengenal asal usul Nabi.
Junjungan Mulia – Al Mizan

Tercipta Satu Lembaran Sejarah
Di Tanah Suci Kota Mekah
Hari Yang Mulia Penuh Syahadah
Bermulalah Sebuah Kisah

Malam Isnin Subuh Yang Indah
12 Rabiul Awal Yang Cerah
20 April Tahun Gajah
Lahirlah Zuriat Yang Syahadah

Abdullah Nama Bapanya
Siti Aminah Ibunya
Riang Gembira Menyambutnya
Lahirnya Putra Yang Utama

Muhammad Nama Di Beri
Gelaran Yang Terpuji
Nikmat Ilahi Sama Disyukuri
Terima Putra Yang Berbakti

Keadaan Yatim Anak Mulia
Lahirnya Bawa Cahaya
Alam Derita Jadi Gembira
Terima Junjungan Mulia

Mari sama-sama kita dengar dan hayati lagu ini di Youtube - Junjungan Mulia.

Tatitu...

 

Tiada ulasan: