Jumaat, 25 Januari 2013

MERCEDES BENZ

Mercedes-Benz ialah sebuah syarikat pengeluar kereta multinasional dari Jerman milikan Daimler AG, dan merupakan jenama yang digunakan untuk kereta mewah, bas, dan lori. Ibu pejabat Mercedes-Benz terletak di Stuttgart, Baden-Württemberg, Jerman.


Sejarah

Benz Patent Motorwagen 1886 (Replika). Kereta sebenar pertama di dunia.
Benz Velo 1894.
Sejarah Daimler-Benz bermula seawal 1880-an apabila Karl Benz (1844–1929) dan Gottlieb Daimler (1834–1900), bekerja dengan Wilhelm Maybach (1846–1929), masing-masing mencipta kereta yang digerakkan enjin pembakaran dalaman di selatan Jerman. Walaupun mereka hanya dipisahkan jarak sejauh 60 batu, masing-masing tidak menyedari hasil kerja satu sama lain.
Karl Benz mempunyai sebuah kedai di Mannheim dan mencipta kereta sebenar pertama yang digerakkan oleh enjin pembakaran dalaman pada 1885. Kereta beroda tiga tersebut dinamakan sebagai Benz Patent Motorwagen. Sementara itu pula, Gottlieb Daimler dan rakan rekabentuknya Maybach, mencipta prototaip bagi rekaan enjin petrol model, dikenali sebagai "enjin jam besar" (grandfather clock engine). Kedua-dua Benz dan Daimler membuka syarikat kereta masing-masing iaitu Benz & Cie. dan DMG tidak lama kemudian. Menjelang 1900, Benz & Cie. menjadi syarikat automotif terbesar di dunia.
Pada tahun 1899, kereta DMG dijadikan kereta lumba oleh Emil Jellinek (1853-1918), seorang pengedar dan peminat automotif. Dalam perlumbaan, dia mengecat nama anak perempuannya, Mercedes, pada keretanya untuk mendatangkan tuah. Hasilnya, lahirlah model DMG tahun 1902 yang bakal menjadi siri kereta DMG Mercedes pertama iaitu Mercedes 35 hp. Jellinek juga turut diundang untuk menjadi ahli lembaga pengarah DMG dari tahun 1901 hingga 1909.
Selain membawa tuah kepada Jellinek, nama Mercedes juga mula diguna pakai oleh DMG untuk mengelakkan daripada masalah perundangan memandangkan DMG menjual hak eksklusif bagi nama Daimler kepada sebuah syarikat asing setelah kematian Daimler pada tahun 1900. Hasilnya, jenama kereta mewah Daimler dibina di England dan bukannya di Jerman.
Logo pertama Mercedes-Benz setelah penggabungan kedua-dua syarikat milik Daimler dan Benz pada tahun 1926
1930 Mercedes-Benz SSK "Count Trossi"
Pada tahun 1924, kedua-dua syarikat DMG dan Benz & Cie. yang sebelum ini bersaing sesama sendiri mula bekerjasama hasil kepentingan untuk memulihkan ekonomi Jerman yang lumpuh semasa Perang Dunia Pertama, dan akhirnya bergabung membentuk Daimler-Benz AG pada tahun 1926. Penggabungan tersebut menyebabkan kereta keluaran kedua-dua syarikat tersebut dijenamakan semula sebagai Mercedes-Benz. Selain kereta, bas dan lori, Mercedes-Benz turut membina enjin bot dan kapal terbang, malah kapal udara Zeppelin juga. Karl Benz meninggal dunia pada 1929.
Sungguhpun Mercedes-Benz amat terkenal dengan model-model kereta mewahnya, ia turut mengeluarkan model-model berprestasi tinggi serta model-model mampu milik seperti model A-Class. Di samping itu, sebuah anak syarikat Mercedes-Benz iaitu Smart turut menghasilkan kereta mampu milik seperti Smart ForTwo dan Smart ForFour.

Sukan bermotor

1955 Mercedes-Benz 300SL Gullwing Coupe
Sebelum penggabungan pada 1926, kedua-dua syarikat pengasas telah pun menikmati kejayaan dalam bidang sukan bermotor. Oleh itu, sepanjang sejarah Mercedes-Benz, syarikat tersebut telah banyak terlibat dalam aktiviti sukan bermotor. Sungguhpun demikian, Mercedes-Benz pernah berundur sepenuhnya dalam arena sukan bermotor, terutamanya pada penghujung 1930-an dan selepas Bencana Le Mans 1955, di mana sebuah Mercedes-Benz 300SLR bertembung dengan sebuah kereta lain dan membunuh lebih 80 penonton. Hanya setelah lewat 1980-an barulah Mercedes-Benz kembali semula ke barisan hadapan persaingan - mula berlumba semula di dalam perlumbaan Le Mans serta menyertai lumba kereta bersama Sauber.
Sebab utama Mercedes-Benz menyepi dari arena perlumbaan pada masa tersebut adalah kerana reputasinya sebagai pemimpin industri automotif dalam soal keselamatan kenderaan. Mercedes-Benz sering memperkenalkan inovasi keselamatan kenderaan seperti beg udara dan ABS serta turut melesenkannya kepada syarikat automotif lain. Dengan itu, Mercedes-Benz dilihat lebih mementingkan aspek keselamatan penumpang daripada keuntungan dan persaingan pasaran.
Kini, Mercedes-Benz sedang bergiat aktif di dalam Formula 3, DTM dan Formula Satu. Semasa menyertai Formula 1, syarikat tersebut memiliki sebahagian Pasukan McLaren serta membekalkan enjin kepada pasukan tersebut sejak 1995. Perkongsian tersebut membawa kejayaan besar, termasuklah Kejuaraan Pemandu bagi Mika Hakkinen pada tahun 1998 dan 1999 serta Kejuaraan Pembina pada 1998. Usaha sama turut dipergiat dalam penghasilan kereta jalanan seperti Mercedes-Benz SLR McLaren.

Pengilangan

Selain Jerman, Mercedes-Benz turut dikilangkan atau dipasang di:-

Model

Lihat juga: Senarai kereta Mercedes-Benz
A-Class HatchbackMercedes-Benz A-Class
B-Class Sports Tourer/HatchbackMercedes-Benz B-Class
C-Class Sedan, Sports Coupe & WagonMercedes-Benz C-Class
CL-Class CoupeMercedes-Benz CL-Class
CLK-Class Coupe & ConvertibleMercedes-Benz CLK-Class
CLS-Class "Coupe" ("Coupe 4 Pintu" pertama di dunia)Mercedes-Benz CLS-Class
E-Class Sedan & WagonMercedes-Benz E-Class
G-Class SUVMercedes-Benz G-Class
GL-Class SUVMercedes-Benz GL-Class
M-Class SUVMercedes-Benz M-Class
R-Class Sports Tourer/"SUV"Mercedes-Benz R-Class
S-Class SedanMercedes-Benz S-Class
SL-Class RoadsterMercedes-Benz SL-Class
SLK-Class RoadsterMercedes-Benz SLK-Class
SLR-McLaren Coupe PrestasiMercedes-Benz SLR McLaren

Penamaan model

Sebelum tahun 1994, Mercedes-Benz menggunakan format lama penamaan model. Contohnya, bagi model 500E, 3 angka menandakan saiz sesaran enjin (bagi model ini: 5.5L) dan huruf terakhir menandakan jenis enjin atau kerangka, misalnya "E" bagi model suntikan bahan api ("Einspritzung" dalam bahasa Jerman), "D" untuk Diesel, "L" untuk Tapak Roda Panjang, dsb.
Pada tahun 1994, sistem penamaan tersebut diubah untuk membolehkan Mercedes-Benz mengkelaskan model mereka, dimulai dengan imbuhan awal huruf kelas dan diikuti dengan 3 angka sesaran. Namun demikian, sesetengah model baru masih mempunyai imbuhan akhir huruf untuk ciri spesifik, seperti "L" untuk Tapak Roda Panjang dan "CDI" untuk enjin diesel Suntikan Terus Rel Sepunya (Commonrail Direct Injection). Dengan ini, model 500E di atas akan dikenali sebagai E500 (E-Class, sesaran enjin 5 liter). Harus diingat, bagi sistem lama, 3 angka sesaran sememangnya menunjukkan sesaran enjin yang sebenar, tetapi bagi sistem baru pula angka-angka tersebut tidak semestinya menunjukkan sesaran sebenar - misalnya, kedua-dua model E200 CDI dan E220 CDI sebenarnya menggunakan enjin yang sama iaitu 2.2L, dan model C240 sebenarnya menggunakan enjin 2.6L. Selain itu, terdapat perbezaan besar bagi kuasa kuda (dan harga) bagi kereta yang mempunyai nombor enjin yang sama tetapi kelas yang berbeza, seperti antara C55 dan SL55.

Kenderaan komersial

Mercedes-Benz turut membina van, bas dan lori bagi kegunaan komersial. Mercedes-Benz adalah pengeluar kenderaan berat terbesar di dunia.

Penala

Selain terkenal sebagai jenama kereta mewah, kereta Mercedes-Benz juga popular khususnya di Eropah sebagai kereta berprestasi tinggi. Hasilnya, muncullah banyak syarikat penala yang mengubahsuai kereta=kereta tersebut, menjadikan kereta-kereta tersebut lebih berkuasa dan lebih mewah.
  • AMG adalah anak syarikat Mercedes-Benz sejak 1999 yang menjadi syarikat penala rasminya. AMG menala versi-versi berprestasi tertinggi bagi hampir setiap kelas model (dikenali dengan imbuhan AMG di belakang nama model). Setiap enjin AMG adalah buatan tangan dan enjin yang siap akan ditandatangani oleh jurutera yang membinanya.

Penala lain

Inovasi

  • Pembinaan Sel Keselamatan atau Sangkar Keselamatan dengan zon remukan hadapan dan belakang mula dibangunkan oleh Mercedes-Benz pada tahun 1951.
  • Sistem brek cegah kunci (ABS), beg udara dan kawalan cengkaman yang kini menjadi piawaian kereta-kereta buatan Eropah adalah hasil inovasi oleh Mercedes-Benz.
  • Pada September 2003, Mercedes-Benz memperkenalkan kotak gear automatik 7G-TRONIC dengan bilangan gear terbanyak pada masa itu iaitu 7 kelajuan.
  • Sistem pra-perlanggaran Mercedes-Benz menggunakan radar untuk mengesan kemungkinan perlanggaran dan membolehkan sistem-sistem keselamatan bersiap sedia untuk tindak balas optimum, termasuklah mengetatkan tali pinggang keledar, menutup tingkap dan bumbung suria, dan menggerakkan tempat duduk ke posisi optimum.
  • Mercedes-Benz sedang dalam proses pembangunan sistem pengesanan kelesuan yang akan memberi amaran sekiranya pemandu mengantuk dan menunjukkan tanda-tanda hampir tertidur (jika mata tertutup lebih lama daripada kelipan mata yang biasa). Sistem akan mengumpul data mengenai gaya pemanduan, tempoh perjalanan, waktu perjalanan serta keadaan trafik.
  • Kereta (pengeluaran) transmisi automatik terpantas di dunia ialah Mercedes-Benz SLR McLaren dengan kelajuan maksimum 334 km/j, hasil usaha sama DaimlerChrysler dan McLaren Automotive.  

    Kenderaan Daimler dan Benz

  • Benz Patent-Motorwagen 1886
  • Daimler Motor Car 1886
  • Benz Velo 1894
  • Mercedes 35 hp 1901
  • Mercedes Simplex 1902
  • GP Mercedes 1908
  • Blitzen Benz 1909
  • Mercedes Grand Prix Racing Car 1914
  • Benz 10/30hp 1921

Kereta Mercedes-Benz

1920-an

  • K (Kurz-short) 1926
  • S 1927
  • SSK 1928
  • SS 1928
  • 10/50hp "Stuttgart" 1929

1930-an

  • Mercedes-Benz Mannheim 350/370 (W10) 1929-1934
  • 170 Saloon 1931-1932
  • 130H 1934
  • 150H 1934-6
  • W31 1934-1939 (6 roda) [1]
  • 170V 1935-1953
  • 770 (Grosser) 1930-1943 dalam dua siri:
    • W07 1930-1938
    • W150 1938-1943
  • 500K 1934-1936
  • 540K 1936-1943
  • 260D 1936-1940
  • 320 Saloon 1937
  • W125 1937
  • 230 1938
  • W163 GP 1939

1950-an

  • 180 1953-1962
  • 190 1956-1961
  • W196 GP 1954
  • 220 1954-1959
  • 300SLR 1955 (W196S)
  • 300S pertengahan 1950-an
  • 300SL 1954-1963 dalam dua siri:
    • Gullwing Coupe 1954-1957
    • Roadster 1958-1963
  • 190SL 1955-1963

1960-an

  • 190c 1962-1965
  • 230 1965-1966
  • 200 1966-1968
  • 200D 1966-1967
  • Mercedes-Benz W111/220SE 1960-1966
  • 250S, 250SE 300SE 280S 280SE 280SEL (W108/W109) 1965-1972
  • 230 1968-1972
  • 250 1968-1972

1970-an

  • 280 1972-1976
  • 280C 1973-1976
  • 300D 1975-1976
  • G-Class 1979-
  • SL-Class 1957-
    • W113 1963-1971
    • R107 1972-1989

1980-an

  • 190 1982-1993
  • 300D 1977-1985
  • 300CD 1978-1985
  • 300SD 1981-1985
  • 300SDL 1986-1987
  • 300TD 1978-1985
  • 350SDL 1990-1991
  • 500SE 1984-1991
  • 500SEC 1984-1991
  • 500SEL 1984-1991
  • 560SEL 1986-1991
  • 560SEC 1986-1991
  • 300E 1986-1993
  • 300CE 1986 - 1993

1990-an

  • A-Class 1997-
  • C-Class 1993-
  • CLK-Class 1998-
  • E-Class 1995-
  • SL-Class 1989-2001
  • Vaneo 1997-2004

2000-an

  • Mercedes-Benz A-Class
    • W168 2000-2004
    • W169 2004-
  • Mercedes-Benz B-Class 2005-
  • Mercedes-Benz C-Class
    • W203 2000-2007
    • W204 2007-
  • Mercedes-Benz CL-Class
    • W215 2000-2006
    • W216 2007-
  • Mercedes-Benz CLK-Class 2000-
  • Mercedes-Benz CLS-Class 2004-
  • Mercedes-Benz E-Class
    • W210 1995-2002
    • W211 2003-2009
    • W212 2009-
  • Mercedes-Benz G-Class 2000-
  • Mercedes-Benz GL-Class
    • X164 2007-
  • Mercedes-Benz M-Class
    • W163 1998-2005
    • W164 2006-
  • Mercedes-Benz R-Class 2006-
  • Mercedes-Benz S-Class
    • W220 1999-2005
    • W221 2006-
  • Mercedes-Benz SLK-Class
    • R170 1998-2004
    • R171 2005-
  • Mercedes-Benz SL-Class 2001-
    • R230
  • Mercedes-Benz SLR-McLaren 2003-2009
  • Mercedes-Benz SLS AMG 2010-

Lori Mercedes-Benz

1960-an

Mercedes-Benz L-series truck

1970s

Mercedes-Benz NG (Neue Generation)

1980s

Mercedes-Benz SK (Schwere Klasse)

Van Mercedes-Benz

1950-an

  • Mercedes-Benz L 319

Tiada ulasan: