Ahad, 20 Januari 2013

Buah Cempedak

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahtera.
 
Pokok Cempedak merupakan sejenis tumbuhan yang menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah Cempedak banyak dijual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Nama saintifiknya ialah Artocarpus integer [1] sinonim Artocarpus champeden (Thunb.) Merr., Artocarpus polyphema Pers.). Pokok ini berasal dari kawasan Asia Tenggara iaitu dari Semenanjung Malaysia, Brunei, Indonesia, dan pulau New Guinea/Papua. Pokok Cempedak turut diperkenalkan ke Queensland. Pokok Cempedak cepat tumbuh, dan pokok bersaiz serdahana mampu menghasilkan buah yang banyak. Di Malaysia terdapat spesies liar yang dikenali sebagai pokok Bangkong yang juga boleh dimakan. [2]
Pokok Cempedak merupakan pokok saka yang boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter. Ia mempunyai daun ringkas yang kebanyakkannya berbentuk elliptik. Bahagian bawah urat daun (midrib) biasanya dipenuhi dengan bulu-bulu halus. Pangkal daun berbentuk tirus hingga obtus manakala hujung daun kebanyakkannya berbentuk kupsidat. Bahagian atas daun berwarna hijau tua manakala bahagian bawah daun berwarna hijau muda. Terdapat varieti cempedak di mana permukaan atas daun dikatakan sedikit malap manakala terdapat varieti di mana ia kelihatan berkilat. Pokok Cempedak hampir menyerupai pokok Nangka. Perbezaannya jelas pada hujung tangkai daun di mana pada cempedak terdapat bulu-bulu halus berwarna coklat dihujung tangkai daun manakala pada nangka tiada bulu halus ditemui.
Pokok Cempedak adalah monoecious di mana bunga jantan dan bunga betina terdapat pada pokok yang sama. Namun begitu bunga jantan dan betina terdapat dalam jambak yang berlainan. Jambak bunga jantan dan betina pada awalnya terbentuk didalam seludang yang nipis berwarna hijau. Apabila jambak kian membesar, seludang akan mula memecah dan jambak bunga akan terbit keluar. Seludang akan bertukar warna menjadi perang dan kemudiannya akan gugur.
Pokok Cempedak jarang ditanam secara meluas kerana ia mudah diserang oleh bakteria, iaitu Erwinia caratovora di mana dahan pokok yang diserang akan mengeluarkan getah berwarna kehitaman dan akhirnya dahan tersebut akan mati.
Pokok Cempedak juga tidak sesuai ditanam dikawasan yang mudah ditengelami banjir atau tanah yang tinggi kelembapannya. Pokoknya mudah mati pada kawasan sedemikian. Bagi kawasan berpasir seperti tanah bris, pokoknya kurang menghasilkan buah seandainya pengairan dan pembajaan yang kerap tidak dijalankan.
Jambak bunga jantan dan bunga betina terdiri dari gugusan banyak bunga-bunga yang bergabung. Jambak bunga jantan selalunya tirus dan pendek dengan ukuran sehingga lebih kurang 1.5 sm x 5.5 sm dan terdapat pada hujung ranting serta juga pada dahan pokok. Manakala jambak bunga betina biasanya lebih gemuk dan besar serta hanya terdapat pada dahan pokok sahaja. Bunga jantan, setelah 4-5 hari mengorak akan reput menjadi kehitaman lalu kemudiannya gugur manakala bunga betina akan terus membesar membentuk buah.

Buah Cempedak


Buah cempedak

Buah cempedak yang telah dikupas
Pokok Cempedak menghasilkan buah secara bermusim di mana dalam setahun hanya terdapat satu musim utama. Ini berbedza dengan nangka di mana buahnya tidak bermusim. Buah cempedak dikenali sebagai 'multiple fruit' memandangkan ia terdiri daripada gugusan banyak bunga betina dalam satu jambak. Buah cempedak mengambil masa 100 hingga 120 hari untuk masak setelah bunganya mengorak.
Buah Cempedak juga hampir sama dengan buah nangka di mana kulitnya dipenuhi dengan duri-duri halus yang pendek. Walaubagaimana pun buah Cempedak adalah lebih kecil dari buah Nangka.

Kandungan Khasiat Pemakanan


Zat dalam per 100 gram
Energy atau tenaga=117.0 (sangat tinggi, bahaya untuk pengidap kencing manis),
Moisture= 66.7 g ,
Protein= 2.5 g, lemak =0.4 g,
Karbohidrat= 25.8 g,
Fiber= 3.4 g,
Ash =1.2 g,
kalsium =40.0 mg,
Phosphorous= 5.0 mg,
besi =1.1 mg , Sodium =25.0 mg
Potassium= 246.0 mg,
Carotene= 80 ug,
Vitamin B1 =0.16 mg,
Vitamin B2 =0.15 mg
Niacin =0.5 mg
Ascorbic Acid atau(Vitamin C) = 17.7 mg

Tiada ulasan: