Sabtu, 19 Januari 2013

Pelabuhan Klang Malaysia

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahtera.
 
Pelabuhan Klang ialah sebuah bandar dan pintu masuk perkapalan utama di Malaysia. Asalnya dikenali sebagai Pelabuhan Swettenham, ia merupakan pelabuhan terbesar dan tersibuk di Malaysia. Terletak di kawasan seluas 806 hektar di daerah Klang, Selangor, pelabuhan ini merangkumi Pelabuhan Utara, Pelabuhan Barat dan Pelabuhan Selatan. Pelabuhan Klang menawarkan kemudahan-kemudahan perkhidmatan yang serba lengkap dan tercanggih untuk mengendalikan sebarang jenis dagangan.

Ia merupakan pelabuhan pemindahan ke-13 tersibuk di dunia pada tahun 2004, pelabuhan ke-26 tersibuk berdasarkan jumlah tanan kargo yang dikendalikan pada tahun 2005, dan pelabuhan ke-16 tersibuk di dunia pada tahun 2007.

Sejarah


Pelabuhan Klang asalnya dikenali sebagai Port Swettenham apabila ia diasaskan oleh pemerintahan kolonial British pada tahun 1893, bersempena Residen British Selangor ketika itu, Sir Frank Swettenham. Perasmian pembukaan pelabuhan ini diadakan pada 15 September 15 1901, selepas satu kajian yang diadakan mendapati kawasan persisirannya mempunyai tempat berlabuh dalam, bebas dari bahaya dan sesuai untuk dermaga. Sejak dari itu, ia mengalami perkembangan pesat dengan adanya pemanjangan landasan kereta api dari Kuala Lumpur.

Organisasi


Pelabuhan Klang ditadbir oleh Lembaga Pelabuhan Klang di mana organisasi ini terdiri daripada Jemaah Lembaga iaitu Pengerusi yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan Sepuluh orang pengarah (termasuk Pengurus Besar), dilantik oleh Menteri Pengangkutan

Galeri Gambar





Rujukan


  1. "Town built on Selangor's tin trade". New Straits Times (Malaysia). 2009-04-06. Capaian 2009-06-20.



Pautan luar


Tiada ulasan: