Khamis, 10 Januari 2013

Durian Crepe

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahtera,
 
RESEPI DURIAN CREPE

Bahan-bahan-
20gm tepung gandum
20gm tepung ubi
10gm tepung kastard
10gm tepung jagung
1 biji telur
1 sudu kecil minyak masak
1 sudu besar gula halus
40ml susu cair
150ml air
pewarna kuning
perisa durian

Cara-caranya


  • Masuk semua bahan kedalam mangkuk. Sebatikan dengan whisk dan tapis.Kalau pekat tambah air sedikit 
  • Boleh juga blander,cuma sedikit berbuih,kena hilangkan buih-buih itu dahulu, untuk mengelakkan crepe akan berlubang bila banyak buih.
  • Ambil sesenduk kecil,tuang adunan dalam kuali yang dipegang.
  • Layangkan kuali agar adunan sekata
  • masak atas api kecil.
  • masak hingga kering,angkat tak perlu terbalikkn semasa mengangkat.



Filling
150ML FRESH CREAM diputar hingga kental..
(boleh dicampurkan sekali dgn 2 sudu besar isi durian)
Isi durian.

-letakkan fresh cream letak isi durian,dan letak lagi fresh cream di atasnya.
-lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah.
-siap.


Selamat Memasak.

Tatitu...

Tiada ulasan: