Jumaat, 4 Januari 2013

Gambarkan Bahagia

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahtera,
KISAH Sang Pencinta.

Sebahagian Masyarakat hari ini tidak memikirkan kesusahan dalam mengecapi sesuatu, adakalanya rakyat melihat mahu sesuatu dengan cukup mudah.  RS tidak memperkatakan tentang topik itu sebenarnya ianya cuma sebagai satu mukadimah sahaja.  

Bila bercakap soal individu, dalam tekanan hidup pada masa kini seharusnya pemikiran terfokus ke arah bahagia dan bukannya memberi makanan minda perkara-perkara yang negatif.  Seharusnya sedar bahawa kejayaan tidak akan datang bergolek sendiri tanpa usaha.  Tiada seorang pun individu yang dilahirkan terus berjaya semuanya perlukan masa dan usaha dalam merealisasikan impian.

Sebagaimana kisah sang pencinta, dalam kehidupan seharian cinta yang datang dalam pelbagai versi dan wajah.  Setiap individu maklum bahawa cinta yang agung adalah cinta kepada Pencipta. RS mahu menyentuh cinta kepada sesama individu.  Adakalanya RS dapati di media massa sama ada elektronik atau pun cetak setiap hari pasti cerita tentang pencinta yang negatif banyak dipaparkan.  Mengapa dunia hari ini menjadi begini?  Mari kita ambil ikhtibar dari kisah cemburu, iri hati, hasad dengki, suka berlaga dan pelbagai lagi perangai individu.
Adakah individu begini hanya tahu 'bertindak' tapi tidak tahu 'berfikir'?  Kasihan pada roh dan jasad mereka.  Sungguh kasihan kerana sudah nyata lagi terlarang perbuatan yang mereka lakukan itu hanya merugikan diri sendiri akhirnya penyesalan tidak berguna lagi.

Sekadar satu perkongsian pandangan dari RS.

Tatitu...

Tiada ulasan: