Khamis, 3 Januari 2013

Hikmah Sembahyang

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahtera,

Sembahyang mempunyai hikmah-hikmahnya yang tersendiri dan ianya dapat dirasai dan dihayati oleh mereka yang benar-benar mengamalkannya.  Antaranya ialah: 

1. Ianya mencegah dari perbuatan keji dan mungkar dan juga sebagai benteng perbuatan jahat orang lain terhadap diri orang yang mengerjakannya.

2. Ia adalah ubat penyakit jiwa seperti gelisah, was-was dan sebagainya.

3. Ia boleh membersihkan jiwa dari segala sifat-sifat keji seperti berbohong, hasad dengki, menimbulkan fitnah, mengumpat dan sebagainya.

4. Ianya mengingatkan hambanya akan segala hikmah yang dirasai setiap detik dan ketika.  Kesemuanya dari ALLAH S.W.T.

5. Ianya juga mengingatkan tentang adanya hari pembalasan terhadap mereka yang berbuat baik dan berbuat jahat di akhirat kelak.  Dan hanya Allah jua tempat meminta pertolongan.

6.Ianya meyakinkan bahawa ALLAH S.W.T adalah amat Pemurah lagi amat mengasihani, maka pohonilah kepadaNya akan setiap perkara dengan tidak ada orang tengah.

7. Berdiri serta ucapan dalam sembahyang adalah untuk menyatakan kebesaran ALLAH S.W.T. dan penghormatan hambanya kepadaNya.

8. Ruku' dan sebut-sebutan di dalam sembahyang adalah untuk menta'azimkan ALLAH S.W.T. (Maha Suci Tuhanku yang amat besar)

9. Manakala sujud pula adalah untuk menyatakan ta'azim kebesaran ALLAH S.W.T. yang paling sempurna.  Lidah dan hati sama-sama berlafaz.  (Maha Suci Tuhanku yang amat tinggi).

Tiada ulasan: