Rabu, 2 Januari 2013

Kesan Positif Sembahyang

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahtera,
Sembahyang mempunyai kesan-kesan yang positif, antaranya adalah :

1. Ianya membersihkan jiwa dan hati seseorang kerana di dalam sembahyang mempunyai unsur tafakkur dan bertaubat kepada ALLAH S.W.T.

2. Ia memberikan latihan kesihatan di mana gerak geri di dalam sembahyang itu memberi kesan yang amat penting untuk mengawal kesihatan badan.

3. Ia mendisiplinkan seseorang menjaga masa dan mengikut peraturan.  Dengan ini menjadikan seorang yang berperaturan.

4. Ia melatih seseorang menjaga kebersihan badan, pakaian dan tempat.

5. Rasa takwa kepada ALLAH S.W.T melalui sembahyang menjadikan seseorang itu mempunyai jiwa yang bersih kepada ALLAH S.W.T. dan sesama manusia dan mempunyai akhlak yang mulia.  Dan ini mencegahkannya daripada berhati jahat dan berkelakuan buruk.

6. Ia menjalinkan ikatan yang tidak putus-putus dengan ALLAH S.W.T. Dengan demikian segala sikap dan tindak tanduknya sentiasa dihubungi dan diikatkannya kepada ALLAH S.W.T. Ikatan inilah yang paling kuat dibandingkan dengan segala jenis ikatan lain seperti undang-undang dan maruah.

Dirikanlah sembahyang.

Tatitu...

Tiada ulasan: