Sabtu, 26 Januari 2013

LIN DAN

Lin Dan (Cina Ringkas: 林丹; pinyin: Lin Dan) (lahir 14 Oktober 1983) merupakan pemain badminton China yang berketurunan Hakka, dari Fujian, Republik Rakyat China. Lin kini pemain badminton perseorangan yang mendominasi pentas dunia.
Lin bermain di Sukan Olimpik 2004, dia tewas kepada Ronald Susilo dari Singapura pada pusingan pembukaan. Selepas itu, dia tumpas kepada Taufik Hidayat di peringkat akhir di Kejohanan Dunia Badminton 2005.
Pada tahun 2006, Lin menang ke atas Bao Chunlai di pusingan akhir Kejohanan Dunia Badminton di Madrid, Spain. Pada tahun 2005, Lin Dan pernah bertemu dengan Bao di tiga kejohanan yang diadakan di China: China Masters, Sukan Kebangsaan China, dan Terbuka Hong Kong.
Lin mempunyai isteri yang juga bekas pemain badminton No 1 dunia bernama Xie Xingfang. Xie juga merupakan pemain nombor satu dunia ketika itu. Lin juga pernah memenangi kejohanan yang berprestij iaitu Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England di Birmingham, juga memenangi Kejohanan Dunia Badminton 2006 di mana Lin bertemu dengan rakan senegaranya Bao Chunlai dengan mendapat gelaran Kejohanan Dunia yang pertama. Dua gelaran di Sukan Olimpik dengan memenangi pingat emas dengan mengalahkan pemain Malaysia Lee Chong Wei

Tiada ulasan: