Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahtera.
Sejarah
TV3 dilancarkan pada 1983 dengan tema Berita Terkini Hiburan Sensasi (First in News Best in Entertainment).
Sistem Televisyen Malaysia Berhad (STMB) atau TV3 telah diperbadankan pada 1983 sebagai televisyen perdagangan pertama di Malaysia. Ia merupakan sebahagian daripada kumpulan syarikat Media Prima. TV3 memulakan penyiarannya di Lembah Klang, (sekitar Kuala Lumpur, bandar raya terbesar di Malaysia) pada 1 Jun 1984.
Tidak lama kemudian liputannya meningkat ke seluruh negara, dan pada
hari ini ia boleh diterima di negara jiran, sama ada sebagai satu
saluran daratan atau melalui satelit. Di Singapura, saluran ini menimbulkan kontroversi kerana menyiarkan rancangan-rancangan dalam bahasa Kantonis, antara dialek-dialek Cina yang diharamkan pihak berkuasa media Singapura sebagai langkah memupuk penggunaan bahasa Mandarin
di kalangan rakyatnya. Kerajaan Singapura mencegah akhbar tempatan dan
majalah-majalah daripada membawa susunan rancangan untuk saluran ini,
walaupun ada bagi saluran televisyen Malaysia yang lain.
Pada Julai 1984, TV3 membuat liputan langsung Sukan Olimpik Los Angeles, Amerika Syarikat saluran pertama dalam negara. Lonjakan dalam populariti mendorong kepada penyenaraiannya di Papan Utama dari Bursa Saham Kuala Lumpur dalam April 1988.
TV3 juga merupakan stesen perdagangan pertama di Ghana dengan menubuhkan TV3 Network Ltd.
Ciri-ciri
Semenjak pelancarannya, TV3 telah mendahului stesen televisyen lain
di Malaysia dan telah dua kali menjangkau 41% bahagian penonton (12 Januari - 18, 2003 dan 29 Jun - 5 Julai, 2003),
peratusan penonton tertinggi pernah dicapai oleh sebuah stesen
televisyen Malaysia. Dari segi pendapatan pengiklanan, syarikat
mengekalkan kedudukan kepimpinannya dan berterusan menghasilkan
pertumbuhan hasil yang kukuh daripada iklan-iklan. TV3 terus
meningkatkan perkakasnya untuk pengeluaran dan transmisi, dan
kakitangannya menerima latihan dan pendedahan berterusan dalam
penerbitan televisyen. Ini membolehkan TV3 untuk kekal sebagai penyiar komersial persendirian yang terkemuka.
Dengan pemulihan ekonomi Malaysia, telah terdapat satu permintaan
yang seiring untuk program tempatan, termasuk berita, hal ehwal semasa,
majalah-majalah, perbincangan, sukan, dokumentari, drama atau filem.
Dengan satu asas yang kukuh pengeluar televisyen telah merevolusikan pengeluaran kandungan tempatan untuk tahap mengkagumkan dalam industri siaran.
Stesen TV3 telah menjadi perintis fesyen dengan menghasilkan
pengeluaran rancangan tempatan berkualiti dan telah manarik perhatian
dan kesetiaan penonton Malaysia. Percaya bahawa kandungan tempatan
adalah caranya, TV3 terus melabur dalam pekerja dan peralatan bagi
menghasilkan kandungan tempatan yang berkualiti. Bagaimanapun, stesen
juga menyiarkan satu rancangan asing yang berkualiti. Penguasaan
penonton Cina adalah kurang berbanding penonton Melayu kerana penonton
Cina lebih banyak menonton saluran RTM2,8TV,TV7(Dahulu di kenali sebagai
ntv7) dan Astro Hua Hee Tai (Saluran Berbahasa Hokkien).
TV3 kini bersiaran dalam UHF(Frekuensi Ultra Tinggi), tetapi ia juga
boleh didapati di Lembah Kelang dalam VHF (Frekuensi Lebih Tinggi)
gelombang ke-III Saluran 12. Di Lembah Kelang, saluran UHFnya ialah 29.
Cogan kata
- Rangkaian Sukaramai (1984-1991)
- Berita Terkini Hiburan Sensasi (1991-1999)
- Duniamu (1999-2006)
- Pilihan Hatiku (2006-2007)
- Di Sisimu (2007-2008)
- Inspirasi Hidupku (2008-)
Tatitu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan