Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan selamat sejahtera
RS tahu zaman sekarang zaman IT, betapa lajunya tersebar berita. Berita yang tersebar pula belum tentu sahih atau dusta. Sesungguhnya tanpa fakta yang jelas pelbagai spekulasi telah di buat oleh para pendengar yang 'budiman'. Adakalanya berita dusta menjadi sahih sehingga kita membuat dosa kering tanpa sedar. Kita telah menjadikan seseorang itu mangsa keadaan, sedarlah semua bahawa berfikirlah sebelum menulis, berkata, berbual, menyebarkan kerana cuba andai situasi itu menimpa kita apa pula pendapat kita sendiri? Mampukah kita menghadapinya, berdepan situasi yang 'mengguris perasaan' tesebut. Jangan pula kita lupa kita juga pinjaman di Dunia yang Fana ini.
Mari kita lihat siapa kita seperti situasi di bawah ini:
SITUASI 1

"AKU dengar cerita si polan bin si polan baru meninggal dunia, pasti ramai yang tak tahu, nak share lah di Facebook dan Twitter. Nanti aku jadi yang pertama beritahu semua orang."
"Betul ke? Aku baru call dia tadi. Katanya, dia berada di hospital sebab nak urus jenazah pakciknya yang meninggal dunia."
"Betul ke? Aku baru call dia tadi. Katanya, dia berada di hospital sebab nak urus jenazah pakciknya yang meninggal dunia."
SITUASI 2
"SEMALAM Mat beritahu, dia nampak anak Pak Man bawa lelaki masuk ke rumah waktu malam. Itu mesti nak buat kerja tak senonoh. Mentang-mentanglah Pak Man sakit, suka hati dia jer."
"Eh! Itu anak aku yang temankan si Leha ambil abang dia yang baru balik dari oversea malam tadi. Engkau ini... lain kali jangan nak serkap jarang."
"Eh! Itu anak aku yang temankan si Leha ambil abang dia yang baru balik dari oversea malam tadi. Engkau ini... lain kali jangan nak serkap jarang."
SITUASI 3
"ADA orang post kat Twitter pasal seorang artis popular tu kena tangkap sebab kes dadah. Artis itu bukannya baik sangat, tengok muka dah tahu dia tu tahi dadah."
"Bukan dia lah..., nama jer sama tapi orang lain. Itulah kau, tak tengok dulu gambar, dah nak tuduh macam tu."
BIASA dengar perbualan seperti di atas? Tidak kira dalam kalangan
artis mahupun orang biasa, gosip dan khabar angin sudah pasti menjadi
buah mulut orang ramai.
Ingin menjadi orang pertama menyampaikan sesuatu berita membuatkan
mereka sering tidak menyelidik terlebih dahulu perkara tersebut sebelum
membuat sebarang andaian.
Jadi, mengapa ramai di antara mereka ini suka kepada gosip dan khabar
angin. Adakah kerana suka-suka atau hanya memberi sedikit hiburan
kepada diri sendiri.
Tambahan pula dengan adanya gajet pintar dan laman sosial seperti
Facebook dan Twitter, cerita sedemikian dapat disebarkan kepada jutaan
orang dalam masa tidak sampai satu minit sahaja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan