Selasa, 17 Jun 2014

Cinta Akan Indah - Bab 7


Bab 7
SEHARIAN aku tidak bercakap dengan Meeda, terasa dunia aku sunyi. Beginikah kehidupan yang akan dilalui? Kehilangan seorang sahabat dan mendapat seorang kekasih? Sanggupkah sesiapa jika berada di tempat aku melakukan sebagaimana yang aku buat selama ini? Aku tak perlu memilih atau pilihan tidak terletak di tanganku.
Irsyad sahabat aku, Meeda juga begitu. Cuma yang membezakan mereka hanyalah jantina. Dengan Meeda, aku tidak mungkin mencintainya kecuali perasaan sayang seorang sahabat. Tapi dengan Irsyad tiada yang mustahil untuk cinta. Dia baru saja melamar aku untuk menjadi gadisnya.
Aku dah bersiap hendak tidur. Sejak aku sampai pukul 8.00 malam tadi, katil Meeda tetap kosong. Katilnya tetap seperti pagi tadi, tak berusik langsung. Meeda tidak balik bilik ke? Ke manalah minah cute ni pergi? Mungkin ke hospital menemani Khairul.
Masih marah lagikah Meeda padaku? Bukankah dia sudah maklum bahawa aku membenci Khairul, tetapi itu tidak bermaksud aku membelakangkan dia dalam semua hal. Walaupun aku tidak tahu kenapa aku membenci Khairul, aku cuba sedaya upaya untuk menerima hubungan mereka. Satu yang aku hormat pada Meeda, dia setia dengan cintanya pada Khairul, walau ramai yang memberitahunya sikap Khairul tidak baik. Dia tetap setia.
Maafkan aku, Meeda... aku hanyalah insan biasa, tahu apa itu luka. Luka di hati masih belum berbalut dan itu sebabnya aku tak mahu sahabat aku merana. Irsyad mencintai Meeda dan kini, berpaling cinta kepada aku.
Aku takut satu saat nanti Meeda menginginkan Irsyad semula. Apa perlu aku buat? Seperti kata-katanya dulu, dia sanggup kehilangan seorang kekasih daripada seorang sahabat yang baik. Mampukah aku mengorbankan cinta yang selama ini aku inginkan? Persoalan bermain di benak. Apa yang telah Meeda katakan pada Irsyad? Tapi, bila mereka bertemu? Ganjil! Terlalu banyak perkara berlaku dalam satu hari sahaja.

HARI ini menjadi saksi tanpa perlu berkata-kata, lagak Irsyad seharian membawa maksud yang satu. Dia sudah mula menerima aku lebih daripada seorang sahabat. Bagaimana semua ini boleh terjadi? Aku yakin, Irsyad ada kejutan untukku esok. Deringan telefon bimbit membuka mataku.
Nama Irsyad tertera di skrin. Aku merenung nama itu. Kenapa aku berdebar-debar untuk menjawabnya? Adakah aku belum bersedia untuk menerima Irsyad sebagai seseorang yang istimewa dalam hidupku?
“Helo...” Aku menyambut talian dengan suara waswas.
“Hai, buat apa?”
“Nak tidur dah.” Sebenarnya, tiada alasan lain yang terlintas di fikiran.
“Masih awal lagi... kita berbual-bual dulu,” pinta Irsyad.
“Kenapa Syad telefon? Ada apa hal?” Aku tahu dia mencintaiku.
“Lupa nak tanya. Esok pukul berapa Lina bertolak? Biar Syad hantar ke bandar.”
“Ayah jemput Lina esok pukul 10.00 pagi. Kalau Syad nak jumpa Lina, kita jumpa sebelum pukul 10.00.” Aku kecewa dengan soalannya.
“Okey...” Irsyad kemudian diam.
“Syad, there’s anything you want to say?” soalku
“Ya...” Singkat jawapannya. “Hmm... I miss you. I need your answer.”
Aku tersenyum ketika dia menuturkan kata-kata rindu. Benarkah ini sedang berlaku padaku? “I miss you more!” Kata-kataku sudah cukup untuk sebuah jawapan.
“Oh, really? Takkan masih rindu lagi kot? Sehari dah berdua dengan Syad,” seloroh Irsyad. Terdengar ketawa kuat.
“If you want to know, I wish you are here.” Tanpa perlu berselindung lagi, aku mengakui betapa aku amat mengharapkan kehadirannya.
“I’m here. On the bottom of your heart.” Irsyad menyambung setelah ketawanya reda.
Tak diduga kami sudah jauh berbicara. Sejak dari pagi sehingga kini, dia sentiasa setia di sisi. Aku amat berharap dia ada di depanku pula.
“But, I want you here! I mean in front of me. If I a magician I will ‘pop’ you to come here.” Rindunya aku untuk menatap wajahnya.
“So, may your wish come true. I’m really meant it. I’m here.” Suara Irsyad amat gembira. Dia di mana sebenarnya?
“Here? Where?” Aku bergerak mencari sesuatu.
“Just look outside the window! I’m at bus stand.”
Aku menyelak langsir tingkap. Kelihatan Irsyad sedang duduk membelakangkan jalan raya dan mendongak sambil melambaikan tangan. Tanpa menunggu apa-apa arahan, aku bergegas keluar dan meluru turun. Ingin sangat me­nemuinya segera. Perasaan tidak dapat ditahan untuk menatap wajah­nya buat kesekian kali. Hanya kali ini kami berbual mesra. Menyatakan perasaan yang sama, terbuku di lubuk hati ma­sing-masing
“You are so... totally crazy!” ucapku sebaik sahaja berada di depannya. Irsyad berdiri merenungku. Tatapan redupnya membuatkan aku malu.
“Crazy about you!” balasnya sambil tersenyum.
“Syad tak takut kena cekup ke?” Aku tahu peraturan asrama. Tidak ada seorang pun yang boleh menemui pelajar melainkan teramat penting ataupun ada study group macam di taman sebelah kami itu.
“Syad sanggup. Asalkan dapat bertemu!” balas Irsyad romantis.
“Apa gunanya bila nanti Lina juga yang susah sama?”
“Syad tak akan susahkan Lina!”
“Syad juga tahu Lina takkan susah kerana Syad. That’s mean love for!”
“Are we talk about love? We just friend, right! Or there’s someone very... very... very... miss someone?” Intonasi suara Irsyad tidak aku sukai. Mengapa aku benci mendengar butir bicaranya?
“You mean, I miss you a lot? Salah ke I miss you?” Aku menjadi marah. Terasa seharian bersamanya hanya lakonan semata-mata untuk mengujiku. Kenapa aku bodoh sangat? “And you mean all that happen today was a mistake? Lina tak ada makna apa-apa untuk Syad?” Aku menghela nafas berat!
“Bila ia membabitkan soal hati dan perasaan...” keluhnya perlahan. Irsyad cuba meluahkan apa yang terbuku di hati.
“Lina faham, perasaan tak boleh dipaksa. Terutama tentang cinta. I should realize this mean nothing to you! Syad anak orang kaya. Boleh dapat apa yang Syad mahukan. Mempermainkan perasaan orang lain memang hobi Syad. As you wish! Bukan Lina yang mula kata miss to somebody or be girl to someone!” tuduhku geram. “Baik... mula dari saat ni hubungan kita tak seperti dulu!” Aku melangkah pergi. Tidak mahu memikirkan kesilapan tafsiranku setelah seharian bersama. Aku tidak mahu melihatnya!
“Aina...”
Aku berpaling bila Irsyad memanggil pangkal nama itu. Dia menghampiriku yang sejauh satu meter di depan. Aku menunggu kata-katanya.
“Do you really mean it?”
Irsyad sudah berada di depanku. Hanya jarak satu kaki saja yang memisahkan kami. Kenapa dia tidak mahu faham? Saat hati terluka dia masih menagih jawapan. Dia merenungku semula. Dalam!
“Mean what?” soalku, tunduk merenung hujung kaki yang tak beralas. Aku lupa untuk memakai kasut kerana terlalu teruja untuk menemuinya.
“Bila ia melibatkan soal hati dan perasaan kadangkala kita bertindak di luar kewarasan. Apa yang berlaku pada kita hari ni membuat Syad berfikir. Benar... hubungan kita memang tak akan seperti dulu, Aina. You know what I mean.”
Seakan kata-kata itu menidakkan segala perbuatannya seharian bersamaku.
“What do you mean?” Sinis aku menuturkannya, merenungnya tajam. Aku inginkan penjelasan pada sikapnya sepanjang hari ini. Aku sakit hati. Perasaan tak menentu dengan sikapnya. Aku keliru dengan diri sendiri. Aku marah padanya. Dan aku juga rindu.
Melihat reaksinya diam membisu lagi, aku berpaling dan berlalu pergi.
“I love you!”
Sebaik sahaja aku berjalan satu langkah ke depan, tiga patah perkataan itu menyapa lembut ke cuping telinga! Berdesing telinga menerima kata-kata keramat itu. Deras darah mengalir dan degupan jantung semakin laju. Aku berpaling dan merenung Irsyad meminta kepastian. Dia tersenyum dan mengangguk.
“I love you...” ucapnya kali kedua, menatap lembut ke wajahku.
Aku terdiam tanpa berbuat apa-apa. Tentu wajahku merona merah saat ini. Aku kena ‘tangkap basah’ olehnya! Rupanya, dia merancangnya begini untuk memerangkap aku mempamerkan perasaan suka dan dukaku di depannya.
“I love you one, I love you two and I love you more. Forever!” tutur Irsyad sambil memegang daguku.
Aku malu untuk melihatnya, mengingati apa yang aku fikirkan sebentar tadi.
“Still dreaming? Memang hubungan kita tak akan se­perti dulu. Hubungan kita bukan lagi sahabat. Nothing gonna change my love for you!”
Bisanya bicara itu. Saat ini, ingin sahaja aku memeluknya. Namun aku cepat sedar. Di taman sebelah ramai pelajar asrama sedang melihat aksi kami berdua. Irsyad memegang tanganku. Kami duduk di bangku perhentian bas semula.
“Syad...” panggilku perlahan. Ingin mengetahui kebenar­an perasaannya tapi...
“Hmm...” Irsyad tunduk memainkan kunci kereta di tangannya.
“Bila Syad ada kat sini?” Lain yang ingin disoal, lain pula yang keluar.
“Sejak dari tadi. Selepas hantar Lina naik!”
“Syad tak balik ke?” Aku terkejut.
“Tak. Syad resah dan keliru dengan perbuatan sendiri. Tapi Syad lebih keliru dengan perasaan ini,” ujar Irsyad resah.
“Lina faham... bila ia melibatkan cinta,” tuturku meng­erti perasaan seksa itu.
“Kenapa? Kenapa Lina saja selalu memahami?” Irsyad tunduk semula.
Tahukah dia aku amat mencintainya walaupun terseksa dengan perasaan sendiri? Dia seolah-olah ingin bersama, tapi dalam masa yang sama menjauhkan perasaan itu daripadaku.
“Because I love you. Sejak dulu, sejak kita mula kenal. Syad ingat waktu tu. Syad soal Lina tentang Meeda. Sorry to mention that name again. I know you don’t want to hear her name.” Aku tahu Irsyad tidak menyenangi sikapku yang ambil berat sangat hal Meeda dan cintanya.
“No. It’s okay! Kalau tak kerana Meeda, Syad tak tahu Lina juga berperasaan sama seperti Syad,” beritahu Irsyad.
“Really? Apa Meeda dah buat? Tapi Lina risau juga sejak pagi Meeda tak balik bilik lagi.” Aku memaklumkannya. Memang aku agak Meeda ada buat sesuatu semalam. Meeda... Meeda...
“Dia bukan anak-anak lagi, Lina.”
“Itu Lina tahu, tapi Lina tetap risau.”
“Dan Syad, Lina tak risau?” Irsyad meminta perhatian.
“Seharian bersama apa lagi yang Syad nak? Syad ada di depan Lina.”
“Entah, tapi rasanya Syad tak mahu berpisah dengan Lina walau sesaat pun.” Ini rupanya yang merunsingkan Irsyad.
“Oh... berani lagi kenakan Lina, ya? Kalau Lina tak hiraukan perasaan Syad, baru padan muka.” Aku tahu dia berlakon tadi. Masih ingin terus menguji perasaanku padanya.
Rasanya tak perlu, Irsyad... Syad tahu hanya namaku akan menjadi ingatanmu walau di mana jua Syad berada. Dan Lina akan mencintai Syad sampai bila-bila!
“Lina naik dulu, esok kena berjalan jauh. Syad datang esok sebelum Lina bertolak, okey?” ucapku ingin berlalu. Debaran masih terasa di dada.
“Aina...”
Panggilan Irsyad menghalang langkahku. “Kenapa suka sangat panggil Aina?” Aku berdiri di depannya.
“Sebab Syad nak mula hubungan baru. Jadi, Syad panggil Lina dengan cara baru. Baru ada feel. Syad nak dengar!”
Aku ketawa senang hati mendengar jawapan itu. “Dengar apa?” soalku pura-pura tidak mengerti.
“You say that three magic words before you go,” pintanya dan aku tak menolak.
“I love you one, I love you two and I love you more. Forever!” Sengaja aku menuturkan semula kata-katanya sebentar tadi kepadaku.
“Itu bukan tiga patah!” sangkal Irsyad riang.
“Lina nak Syad tahu... Lina sama macam Syad juga. Lina keliru dan resah dengan perasaan ini, tapi kita bersama akan cuba belajar. Semua benda mesti bermula dengan belajar,” terangku. Berharap dia akan memahami. Biar kami sama-sama menyemai perasaan ini perlahan-lahan.
“Luculah, Aina. Learning how to love someone? Bukan ke ia berlaku tanpa kita sedar? Ibarat love at first sight!” Dia ketawa pula.
“Yeah, it’s funny! Apa yang Lina tahu, I miss you. Dah lewat, Lina nak naik. See you tomorrow.” Aku menunggu reaksinya.
“Aina...”
Panggil lagi? “Apa?” balasku sambil tersenyum.
“Tak ada, Syad saja panggil. Nak tahu bagaimana reaksi Aina bila Syad panggil nama Aina. Muka Aina nampak cantik. Sama dengan hati Aina. Cantik di dalam, cantik di luar. Okey... Aina naiklah, Syad pun nak balik. Dah lewat. Esok kita boleh jumpa lagi. Tapi Syad tak tahu kenapa dengan hati ini,” luahnya, membuat aku sekali lagi membatalkan niat untuk naik. Segera keceriaannya sebentar tadi lenyap dari pandangan mata.
“Kenapa?” Risau aku mendengar kata-katanya.
“Syad dapat rasa tak berpeluang bersama dengan Aina. Syad dapat rasa hanya hari ni saja peluang kita berdua untuk bersama. Syad mula takut kehilangan Aina. Syad mula takutkan sesuatu...” Irsyad berdiri menghadapku kini. Merenung dalam ke anak mata. Keresahan terpamer dalam senyumannya.
“Jangan cakap yang bukan-bukan, Syad. Aina terima Syad seadanya dan Aina harap Syad akan terima Aina begitu juga.” Aku memberi jaminan.
“I love you, Aina. I’ll be miss you.” Irsyad menyentuh sebentar pipiku. Lembut dan tersenyum sebelum kami sama-sama berlalu.

Tiada ulasan: