Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahterah.
RS ingin berkongsi resepi kegemaran RS masa kini. Ianya adalah hati ayam. Sudah tentu ada di antara pembaca ada yang gemar makan hati ayam ada yang tak tertelan rasanya. Dahulu pada suatu masa yang lampau, RS juga tidak gemar makan hati ayam, tetapi oleh kerana kandungan darah ketika mengandung anak pertama dulu menjadikan RS belajar makan hati ayam. Okey itu serba ringkas sejarah makan hati ayam ini. Mari kita lihat apakah resepi perkongsian RS kali ini.
Bahan A
Kuali
Sedikit Air
Kuali
Sedikit Air
400gm Hati Ayam (bersihkan)
3 sudu besar minyak masak
1 biji besar bawang bombay atau bawang besar (hiris bulat-bulat/memanjang)
1 biji cili merah
1 sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit garam secukup rasa
3 sudu besar minyak masak
1 biji besar bawang bombay atau bawang besar (hiris bulat-bulat/memanjang)
1 biji cili merah
1 sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit garam secukup rasa
* Masukkan dalam kuali dengan sedikit air untuk empukkannya. Masak sehingga air kering dan hati ayam dah masak, pastikan kawal api perlahan bila air sudah kering dalam kuali.
* Masukkan minyak masak. Gaul sebati hati ayam.
* Masukkan kunyit dan gaul sebati, kemudian masukkan bawang, cili merah, dan garam.
* Gaul sehingga rata dan rasa sebati.
Hidangkan.
Inilah hati ayam dah siap.
Selamat menjamu selera.
Tatitu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan