Isnin, 28 Januari 2013

Cara Menjaga Barangan Kulit

Bismillahir Rahmanir Rahim
Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
dan Selamat Sejahtera.

RS kongsikan sedikit cara menjaga barangan yang diperbuat daripada kulit.

“Sapukan losyen pada beg kulit dan kemudian lap.  Setelah itu angin-anginkannya selama 15 minit.  Tapi ingat, jangan sampai terkena cahaya matahari. Setelah itu, beg kulit perlu dibungkus di dalam plastik sebelum disimpan,”

Pastikan semasa menyimpan beg kulit tersebut dalam beg plastik itu sebaik-baiknya ada gel antikulat. Ini bagi mengelakan barangan tersebut yang tidak dijaga dengan rapi juga berpotensi untuk rosak dan koyak.  Tekanan yang terlalu kuat dan sering pada aksesori kulit juga boleh mengakibatkan ia koyak. 


Selain itu, air pencuci contact lens juga boleh digunakan.

Marilah jaga barangan kulit.

Tatitu...

Tiada ulasan: