Ahad, 24 Februari 2013

Penjagaan wajah organik

MAWAR liar berupaya untuk tumbuh subur di kawasan tinggi walau sumber nutrien dan air yang terhad. Kesungguhannya untuk hidup diterjemahkan ke dalam keupayaan untuk membawa keajaiban kepada kulit, dengan merangsang aquaporin kulit (saluran mikro air) yang menyebarkan lembapan ke dalam sel kulit, sambil menyegar dan menghidratkan kulit sepanjang hari.
Koleksi Rose Nectar Melvita yang disahkan organik disokong oleh teknologi tiga iaitu tindakan unik yang membelai kulit kering, memulihkan kesihatan dan seri wajah.
Tindakan pertama ialah dengan memberi kelembapan, tindakan kedua pula ialah dengan mengekalkan kelembapan dan ketiga dengan cara merangsang pengedaran lembapan.
Lengkapkan amalan penjagaan kecantikan anda dengan produk daripada rangkaian Rose Nectar Melvita yang disahkan organik.
Melvita Fresh Eye-Contour Gel, pembersih muka yang diperbuat daripada 100 peratus minyak tumbuhan organik.
Pembersih ekstra lembut tanpa pengawet ini menanggalkan mekap kalis air yang degil, menjadikan kulit lembut dan licin.

Tiada ulasan: