Isnin, 25 Februari 2013

Warna terang untuk remaja

WARNA-warna terang dan kontra atau disebut sebagai warna blok, menjadi tumpuan kepada ramai penggemar fesyen hari ini.
Tambahan jika yang memakainya terdiri daripada golongan remaja yang memang bijak menggayakan fesyen-fesyen seperti untuk kelihatan menarik.
Butik Nurjannah menyediakan fesyen-fesyen warna blok khusus untuk remaja bercirikan muslimah moden.
Biarpun tampak bergaya dengan fesyen yang dikenakan kesopanan sebagai gadis Islam tetap terpelihara dengan fesyen-fesyen dari Nurjannah ini.
Pemiliknya, Haslina Romli berkata, fesyen muslimah bagi remaja di bawah naungan Nurjannah ini memaparkan koleksi menarik rekaan suai padan dengan warna-warna terang yang menyerlah.
Disesuaikan dengan beg tangan dan aksesori sepadan seperti tali pinggang, material yang diketengahkan terdiri daripada baju berkain jersi, blaus cantik dipadankan dengan seluar ala palazo kembang.
Begitu juga skirt labuh disesuaikan dengan blaus pendek berlengan panjang, baju longgar dipadankan dengan kain kosong, cukup mendapat tempat di hati remaja.
Selain itu turut mendapat tempat bagi fesyen remaja belasan tahun ini ialah tudung yang sepadan dengan baju rekaan. Biarpun penggunaan warnanya agak menonjol, pastinya si pemakai akan kelihatan ceria sepanjang hari.
Begitu juga motif-motif besar, kekotak dan awan larat turut menjadi sesuatu yang dirangkumkan sebagai tema rekaan fesyen Butik Nurjannah ini.

Tiada ulasan: